Liwat II: Saiful Tidak Basuh Dubur Selama Dua Hari

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak membasuh duburnya selama dua hari kerana mahu menyimpan bukti kukuh selepas mendakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Saiful, 25, mengakui dia tidak mandi selepas diliwat Anuar pada 26 Jun 2008.

Menjawab pertanyaan Karpal Singh yang mewakili Anwar berkata, dia hanya mandi sepenuhnya pada pagi 26 Jun dan hanya ‘membilas’ duburnya selepas diliwat.

Tambahnya, dia tidak mandi dan tidak membasuh dubur selepas kejadian itu kerana mahu menyimpan bukti kukuh.

Mengenai sebab dia tidak membuat laporan polis, katanya mahu mendapatkan nasihat daripada beberapa pihak sebelum berbuat demikian.

“Saya mahu mendapatkan nasihat kerana ia melibatkan maruah saya,” kata Mohd Saiful, yang merupakan saksi pendakwaan pertama dalam perbicaraan berhubung kes liwat berprofil tinggi hari ini.

Menjelaskan mengenai perkara itu, katanya, beliau mendapatkan nasihat daripada bapa saudaranya, Tuah Mohd Halim, rakannya, Rahimi Osman dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Noor, Datuk Mumtaz (Jaafar) dan seorang guru agama.

Ketika ditanya kenapa dia tidak pergi membuat laporan segera di balai polis, Mohd Saiful tidak menjawabnya.

Bagaimanapun, Mohd Saiful bersetuju dengan cadangan Karpal bahawa dia tidak menggunakan peluang untuk membuat laporan polis selama dua hari selepas kejadian itu.

Katanya, laporan polis dibuat pada 28 Jun 2008.

Mohd Saiful bersetuju untuk memberikan kenyataan kepada Malaysiakini bertajuk ‘Saiful: Saya diliwat tanpa rela’ yang disiarkan pada 15 Ogos 2008.

Ketika ditunjukkan keratan laporan dalam taian itu, Mohd Saiful diminta untuk meneliti kenyataan itu berulang-kali dan membalas bahawa dia telah memberitahu wartawan terbabit bahawa dia telah diliwat Anwar untuk kali pertama.

Bagaimanapun, dia mempertahankan telah tersalah faham soalan wartawan berkenaan.

Dia mengesahkan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memperbetulkan kesilapan itu pada laporan dalam talian itu kerana tidak membacanya atau mengambil tahu mengenai perkara itu.

Karpal mengingatkan Mohd Saiful yang dia boleh dipenjarakan sekiranya didapati memberikan keterangan palsu.

“Saya tidak dapat mengesahkannya 100 peratus sama ada ia adalah benar,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Saiful menafikan ketika ditanya sama ada dia berbohong dalam mahkamah apabila dia dikatakan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri di kediamannya pada 24 Jun 2008 bagi mengadu diliwat Anwar beberapa kali.

Ditanya sama ada dia penyokong kuat Umno, dia menjawab: “Saya menyokong Barisan Nasional tetapi mengundi R. Sivarasa dan Elizabeth Wong pada pilihan raya yang lepas."

Dalam perbicaraan itu, Karpal menyifatkan Mohd Saiful sebagai seorang pengkhianat.

Bagaimanapun, Mohd Saiful tidak bersetuju kerana Malaysia adalah negara demokrasi.

Beliau turut tidak bersetuju terhadap cadangan lain yang mengatakan kejadian liwat itu dirancang oleh beliau dengan bantuan Najib dan polis.

Mohd Saiful mengakui beliau memberitahu pegawai kanan polis Asisten Komisioner Mohd Rodwan Mohd Yusof yang kini Datuk berpangkat Senior Asisten Komisioner 1 bahawa dia telah diliwat oleh Anwar beberapa kali di dalam dan luar negara.

Mengenai kelewatan dia tiba di kondominium untuk berjumpa Anwar pada 26 Jun, Mohd Saiful berkata, ia kerana dia cuba mengelak daripada diekori sebuah motosikal.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraannya sementara menunggu keputusan rayuan beliau mengenai penolakan permohonannya bagi mendapatkan kenyataan saksi yang dibuat.

Hakim Mohammad Zabidin Mohd. Diah dalam penghakimannya mengetepikan permohonan itu kerana tiada keadaan khas bagi memberikan penangguhan.

Katanya, beliau mengetepikan permohonan kerana ia bersifat prosedur dan tidak boleh dibuat rayuan.

Perbicaraan diteruskan secara tertutup pada jam 2.15 petang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan