Lima Saksi Kes Rasuah Norza Didakwa Beri Keterangan palsu

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Lima saksi dalam perbicaraan kes rasuah yang membabitkan bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana memberikan keterangan palsu.

Kelima-lima mereka didakwa memberi keterangan yang bercanggah semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Sesyen Temerloh di sini.

Mereka ialah ahli perniagaan, Nasaruddin Abdullah, 47, dan Datuk Khadri Musa, 47, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang Yusof Jamaluddin, 53, dan dua pegawai JASA Pahang, Nor Azhar Abdul Latif, 48, dan Saiful Azman Mokhtar Affendi, 46.

Mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Bagi perbicaraan Nasaruddin dan Khadri, Ida Rahayu menetapkan tarikh perbicaraan selama tiga hari pada 8, 9 dan 10 November depan.

Perbicaraan Yusof dan Nor Azhar berjalan serentak pada 11, 15 dan 16 November depan dan perbicaraan terhadap Saiful Azman ditetapkan pada 24, 25 dan 29 November depan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memberikan keterangan palsu semasa perbicaraan kes rasuah berkenaan di Mahkamah Sesyen Temerloh yang berlangsung pada 1, 2, dan 19 Februari lepas.

Keterangan mereka itu tidak selaras dengan kenyataan yang dibuat kepada empat Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)antara 20, 21, dan 22 Januari tahun lepas.

Kesemua kenyataan dan keterangan mereka itu telah direkodkan di pejabat SPRM Pahang Cawangan Temerloh.

Ida Rahayu membenarkan kelima-lima tertuduh itu diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu kes tersebut dibicarakan.

Pendakwaan kes itu dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Rashidi Abd Rahim manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Francis Tan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan