Ibu Tunggal Didapati Bersalah Sebabkan Kecederaan Teruk Siti Hajar

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ibu tunggal kepada dua anak hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan teruk seorang pembantu rumah warga Indonesia dengan menggunakan air panas dan gunting, tahun lepas.

Hakim S.M Komathy Suppiah membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan selepas Hau Yuan Tyng diarah membela diri pada 19 Jan lalu.

Komathy, dalam penghakimannya, berkata peguam bela yang mewakili Hau gagal membuktikan di luar keraguan munasabah terhadap kes itu.

Beliau berkata mahkamah menolak keterangan tertuduh atas alasan mahkamah tidak mempercayai keterangan bersumpah mengenai kecederaan yang dialami oleh pembantu rumahnya, Siti Hajar, yang mana bukan disebabkan daripada perbuatan tertuduh.

"Mahkamah menolak keterangan bersumpah daripada tertuduh kerana tidak mempercayai bukti yang dikemukakan oleh tertuduh dan dengan itu kamu bersalah terhadap pertuduhan ini," katanya.

Hau, 44, bekas ejen hartanah, menghadapi dua pertuduhan menyebabkan kecederaan teruk dan satu pertuduhan mengakibatkan kecederaan terhadap Siti Hajar Sadli, 34, di Lanai Kiara Condominium, Jalan Kiara 3, Mont Kiara antara Februari dan Jun 2009.

Peguam bela M. Manoharan, yang mewakili bekas majikan kepada Siti Hajar, memohon untuk penangguhan mitigasi dan jatuh hukum atas alasan beliau memerlukan masa untuk menyediakannya.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Mei untuk mendengar mitigasi dan jatuh hukum terhadap tertuduh yang kelihatan tenang walaupun muram.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hafiz Mohd Yusoff mengemukakan seramai 15 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan