Pendakwa Raya Kemuka Pertuduhan Pilihan Kepada Norza

Diterbitkan: Rabu, 12 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Pihak pendakwaan kes rasuah bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria hari ini mengemukakan pertuduhan pilihan terhadap beliau dan agennya.

Di bawah pertuduhan pilihan itu, Mohamad Norza dan Halimi Kamaruzaman secara bersama dituduh telah memberikan suapan berjumlah RM1,900 ke atas Datuk Khadri Musa sebagai dorongan untuk melakukan suatu perkara yang dicadangkan berlaku iaitu, diagih-agihkan kepada perwakilan yang boleh membantu mengundi Mohamad Norza untuk memenangi jawatan dalam pemilihan parti itu Mac 2009.

Mohamad Norza dan Halimi didakwa melakukan perbuatan itu di No. 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh di sini kira-kira pukul 6.30 petang, 20 Januari 2009.

Kedua-dua mereka juga didakwa secara bersama telah memberikan suapan berjumlah RM1,900 kepada Mohammad Anuar Mohd Yunus sebagai dorongan untuk melakukan perkara sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi. Mohamad Norza dan Halimi mengekalkan pengakuan tidak bersalah mereka sebagaimana pertuduhan asal sebaik saja pertuduhan itu dibacakan ke atas mereka.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris ketika ditemui berkata, pertuduhan pindaan itu dibuat bagi memberi pilihan kepada mahkamah dalam membuat penghakiman kes tersebut kelak.

Beliau berkata, pertuduhan pindaan itu juga dibuat bagi menggantikan perkataan 'bagi pihak' yang terdapat pada pertuduhan asal yang dikenakan ke atas Mohamad Norza dan Halimi.

Terdahulu Saiful memohon daripada mahkamah untuk mencabar kebolehpercayaan keterangan saksi ke-16 iaitu Naib Ketua Umno Temerloh Mohammad Anuar Yunus bahawa kenyataan yang diberikan oleh Anuar di mahkamah hari ini bercanggah dengan kenyataannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.

Permohonan itu dikemukan Saiful mengikut Seksyen 155 (c) Akta Keterangan setelah saksi menolak untuk membaca semula kenyataan bertulisnya terhadap SPRM walaupun berkali-kali ditanya oleh Saiful kerana yakin dia (Anuar) bercakap benar.

Permohonan itu dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyan Azuar Che Yusoff selepas beliau turut bersetuju bahawa kenyataan saksi kepada SPRM dan mahkamah hari ini adalah bercanggah.

Saiful antaranya mempersoalkan jawapan berbeza terhadap tujuan jamuan yang diadakan di rumahnya pada 20 Jan 2009 adalah bukan untuk mempromosikan Mohamad Norza sebagai calon untuk bertanding pemilihanan ahli MT sedangkan kenyataannya kepada SPRM adalah untuk mempromosikan Mohamad Norza.

Mohammad Anuar berkata, sepatutnya jamuan itu diadakan untuk mempromosikan Norza tetapi tidak jadi dan ditukarkan kepada kenduri doa selamat untuk umrah kerana majlis berkisar politik hanya boleh dijalankan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri atas arahan MT.

Sementara itu, menjawab soalan balas peguam bela Halimi, Jahaberbeen Mohd Yunos, Mohamad Anuar berkata, sebagai seorang pemimpin Umno, dia patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh parti yang melarang penganjuran sebarang majlis bagi meraikan pemimpin parti yang hendak bertanding.

"Kita sebagai orang yang membuat dasar dalam parti melarang perjumpaan sebegini, takkan nak langgar, kita kena akur arahan Umno Pusat," katanya.

Perbicaraan bersambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan