Mohd Saiful Bertemu Mohamad Ezam Pada 27 Jun 2008 Sebelum Laporan Polis

Diterbitkan: Rabu, 12 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau ada berjumpa dengan bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Noor pada 27 Jun 2008 untuk mengadu tentang penganiayaan yang berlaku kepadanya.

Mohd Saiful, 25, saksi utama pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata, beliau dibawa oleh rakannya bernama Rahimi dan juga pakciknya bernama Tuah Mohamad untuk berjumpa Mohamad Ezam di rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, sama ada beliau mengenali Mohamad Ezam sebelum itu, Mohd Saiful berkata, beliau hanya kenal Mohamad Ezam begitu sahaja sebagai kawan.

Bekas pembantu kepada Anwar itu berkata, pertemuan dengan Mohamad Ezam pada lewat malam 27 Jun itu hanya berakhir keesokan paginya.

Saiful dalam soal balasnya oleh Karpal Singh pada hari ketiga sebelum itu memberitahu mahkamah bahawa beliau pernah ke pejabat Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika beliau Timbalan Perdana Menteri pada Januari 2008 untuk mendapatkan surat sokongan untuk pinjaman pelajaran bagi mengikuti kursus sebagai kadet juruterbang di Kota Bharu.

"Ketika itu saya tidak jumpa TPM dan hanya berjumpa dengan pegawai khas beliau," jelas Mohd Saiful yang merupakan bekas pembantu kepada Anwar.

Kepada soalan lain oleh Karpal adakah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan ada menghubungi beliau, Mohd Saiful menjawab beliau yang menghubungi Musa.

Karpal: Kenapa telefon dia? Mohd Saiful: Nak mengadu masalah saya. Karpal: Banyak masalah bukan? Mohd Saiful: Memang saya banyak masalah. Karpal: Ada jumpa dia? Mohd Saiful: Contact (hubungi) sahaja. Karpal: Bila? Mohd Saiful: Pada 25 Jun 2008, sebelah pagi.

Karpal: Kamu contact dia untuk ceritakan masalah kamu bukan?

Mohd Saiful: Ya, tapi saya hanya bercakap selama seminit dan dimarahi oleh KPN kerana mungkin dia ingat panggilan main-main dan beliau meletakkan telefon. Beliau juga mengingatkan saya untuk tidak menelefonnya lagi. Mohd Saiful, 25, mendakwa Anwar, 63, meliwatnya di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan