Ahli Perniagaan Mengaku Bantu SPRM Perangkap Datuk Wahid Md Don

Diterbitkan: Selasa, 11 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau diminta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memerangkap bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don dalam satu kes rasuah.

Datuk Seri Low Chang Hian, 66, berkata SPRM memintanya menyerahkan RM60,000 kepada Wahid dan SPRM memberi dua pilihan iaitu sama ada menjadi saksi atau didakwa di mahkamah jika enggan berbuat demikian.

"SPRM ada bertanya kepada saya, "kamu akan jadi saksi atau kamu akan didakwa di mahkamah," katanya dan menurutnya beliau turut terlibat dalam mengatur strategi dengan SPRM untuk memerangkap Wahid pada 10 Julai 2008.

Low berkata demikian semasa disoal oleh peguam yang mewakili Wahid, Datuk V. Sithambaram pada perbicaraan Wahid, 57, yang dituduh menerima rasuah sebanyak RM60,000 daripada Low pada 10 Julai 2008 untuk bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.

Wahid didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Off Jalan Duta, pada 10.15 malam hari tersebut.

Kepada soalan Sithambaram bahawa bungkusan berisi RM60,000 yang diberikannya kepada Wahid pada 10 Julai itu sepatutnya diberikan kepada "Mr Sim" melalui Wahid, Low menafikannya.

Sithambaram: Saya cadangkan kepada kamu bahawa bungkusan itu akan diserahkan kepada "Mr Sim" tetapi oleh kerana kamu akan pergi ke Jakarta pada keesokannya, kamu kemudian telah menyerahkannya kepada Wahid?

Low: Tidak setuju.

Kepada soalan adakah nama sebenar "Mr Sim" ialah Sim Guan Yu, Low berkata beliau tidak pasti dan hanya mengetahuinya sebagai "Mr Sim" yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Singapura.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rosbiahanim Ariffin bersambung 25 Mei ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan