Kes Saman Syarikat Pengiklanan Terhadap BN Selesai Luar Mahkamah

Diterbitkan: Isnin, 10 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman berjumlah RM546 juta yang difailkan sebuah syarikat pengiklanan terhadap Barisan Nasional (BN) selesai hari ini apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah.

Hakil Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman dimaklumkan mengenai penyelesaian itu oleh peguam Katherine Kohlhoff Durai yang mewakili Syarikat Pentas Permata Sdn Bhd (PPSB).

Peguam Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili BN memberitahu pemberita bahawa Alizatul membenarkan kes itu diselesaikan tanpa kebebasan memfailkan semula.

Seorang lagi peguam yang mewakili BN, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata jumlah penyelesaian masih dibincangkan tetapi ia tidak melebihi 0.01 peratus dalam bentuk bayaran ex-gratia.

Beliau melahirkan rasa lega ekoran penyelesaian jumlah tuntutan yang besar itu tanpa sebarang penghakiman liabiliti.

Syarikat Pentas Permata memfailkan saman itu pada 7 Dis, 2007, terhadap B Nkerana menamatkan kontrak bertarikh 5 Jan, 2006 untuk membekal dan memasang papan iklan pengiklanan di kawasan terbuka bagi mempromosikan BN bagi pilihan raya umum.

Syarikat itu, yang dilantik sebagai ejen untuk memasang papan iklan untuk B Nitu, menamakan BN, yang diwakili setiausaha kerjanya Datuk Yaakob Mohammad sebagai defendan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan