Permohonan Habeas Corpus Benjy Ditolak, KDN Perintah Penahanan Dua Tahun

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan habeas corpus pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy supaya dia dibebaskan segera daripada ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak memutuskan bahawa penahanan semula Benjy oleh polis pada 25 Mac adalah sah di mana polis bertindak sejajar dengan undang-undang mengikut Seksyen 3 akta berkenaan.

Sebelum keputusan itu dibuat, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy dan Peguam Kanan Persekutuan Najib Zakaria bertikam lidah apabila Najib memberitahu mahkamah bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop telah menandatangani perintah supaya Benjy ditahan selama dua tahun.

Najib berkata Abu Seman menandatangani perintah itu tengah hari semalam dan beliau hanya dimaklumkan mengenai perkara itu pagi ini.

Kenyataan Najib itu membangkitkan bantahan keras daripada Amer Hamzah, yang menggesa mahkamah supaya memaksa responden memfailkan afidavit bagi memperjelaskan sebab Benjy ditahan selama dua tahun dan bagi membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan perkembangan terbaru sebelum mahkamah membuat keputusan berkaitan permohonan habeas corpus itu.

"Menteri tidaklah mengatasi undang-undang, beliau sedar sepenuhnya mengenai permohonan yang sedang berjalan dan mahkamah menetapkan hari ini untuk membuat keputusan namun tindakan menteri itu jelas menunjukkan kegagalan menghormati perjalanan proses mahkamah," kata Amer Hamzah.

Amer Hamzah berkata Seksyen 3 dan Seksyen 6 perlu dibaca bersama di mana menteri tidak boleh bertindak secara sendiri, sebaliknya perlu bergantung kepada polis dan pegawai penyiasat sebelum menandatangani perintah penahanan itu.

"Di sini beliau telah bertindak secara sendiri, bukankah ini mala fide (berniat jahat)?" kata Amer Hamzah yang terus berhujah bahawa permohonan itu masih terpakai dan persoalan tentang memfailkan permohonan habeas corpus yang baru tidak seharusnya timbul.

Beliau berkata responden seharusnya menghormati badan kehakiman memandangkan ini bukanlah kali pertama Kementerian Dalam Negeri bertindak seperti ini.

Bagaimanapun, Najib berkata mahkamah perlu membuat keputusan berkaitan permohonan itu memandangkan pemohon masih mempunyai kebebasan untuk mencabar perintah menteri berkenaan.

Najib turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa Benjy telah dipindahkan dari balai polis Bukit Jalil ke pusat tahanan Muar untuk menjalani tempoh tahanan selama dua tahun.

Mohd Sofian turut memutuskan bahawa penahanan semula itu bukanlah mala fide di pihak polis yang menahan Benjy sebaik sahaja ibunya, aktres Azean Irdaway membayar jaminan terhadap satu pertuduhan dadah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.

Beliau berkata pada peringkat ini adalah terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai isu pemohon yang menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan masing-masing sebagai responden kedua dan ketiga.

Dalam permohonannya pada 8 April, Benjy menamakan Ketua Polis Negara sebagai responden pertama.

Benjy, 32, anak lelaki tunggal Azean, mengaku tidak bersalah memiliki 0.24gm methamphetamine di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B, off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac.

Dia bebaskan dengan jaminan RM2,000 dan seorang penjamin namun selepas Azean membayar jaminan itu, Benjy ditahan semula kerana disyaki terbabit dalam pengedaran dadah.

Amer Hamzah memberitahu pemberita kemudian bahawa beliau akan merayu keputusan itu di Mahkamah Persekutuan dan memfailkan permohonan habeas corpus yang baru di Mahkamah Tinggi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan