Penghantar Surat Dipenjara Lapan Tahun, 10 Sebatan Kerana Miliki Ganja

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan terhadap seorang penghantar surat yang mengaku bersalah memiliki ganja seberat 885gram, pada Ogos tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid menjatuhkan hukuman terhadap Nubhan Osman, 25, setelah mengaku salah terhadap pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama, yang memperuntukkan penjara minimum lima tahun sehingga ke seumur hidup dan minimum 10 kali sebatan jika sabit kesalahan.

Siti Khadijah memerintahkan hukuman berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 6 Ogos 2009.

Nubhan dari Kuala Lumpur didakwa memiliki ganja itu di hadapan pusat beli-belah Ampang Point pada pukul 9.30 malam 6 Ogos tahun lepas.

Peguam bela Nubhan, K. Komagan semasa mengemukakan rayuan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman minimum kepada anak guamnya dengan mengambilkira pengakuan tertuduh telah menjimatkan masa dan kos perbicaraan.

Tertuduh, kata Komagan telah insaf dan Nubhan, yang berpendapatan RM800 sebulan sebelum ini merupakan tempat isteri, tiga orang anak dan kedua ibu bapa serta adik bongsunya bergantung hidup.

Timbalan Pendakwa Raya Isa Hassim, bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap Nubhan kerana ia satu kesalahan serius dengan mengambil kira kepentingan awam.

"Hukuman yang dikenakan akan menyedarkan tertuduh tetapi juga mereka yang ingin melakukan perkara sama," katanya.

Isa berkata tertuduh sepatutnya memikirkan masa depan ketiga-tiga anaknya, isterinya dan kedua ibu bapanya serta adiknya sebelum terjerumus ke dalam jenayah itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan