Dadah: Hukuman Mati Ke Atas Warga Liberia Dikekalkan

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang ahli perniagaan dari Liberia kerana mengedar 412.8 gram heroin.

Hakim Datuk Hashim Yusoff, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Seri Raus Md Sharif sebulat suara menolak rayuan terakhir Nobies Weah Ezike terhadap sabitan dan hukuman mati yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 16 Ogos, 2005.

Hashim berkata kedua-dua mahkamah tinggi dan rayuan telah mempertimbang dan menerima keterangan daripada saksi-saksi pendakwaan dan juga keterangan dokumentari dan mengenal pasti dengan yakin bahawa Nobies merupakan individu yang mengirim bungkusan itu ke Amerika Syarikat.

Di Mahkamah Tinggi, penyelia kanan operasi Ru'aidi Idris dan kerani perkhidmatan pelanggan Raja Diyana Raja Zulkifli dari United Parcel Service telah mengenal pasti Nobies sebagai individu yang mahu menghantar satu bungkusan ke seberang laut yang didapati mengandungi kesan serbuk putih dan kemudiannya disahkan oleh ahli kimia sebagai heroin.

Oleh itu, tiada sebab untuk campur tangan dengan penemuan fakta oleh Mahkamah Tinggi dan bahawa Mahkamah Rayuan juga tidak membuat sebarang kesilapan dalam mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas Nobies.

Nobies, 41, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana mengedar dua bungkusan heroin seberat 412.8 gram di United Parcel Service (UPS) di No. 11, Jalan Tandang, Petaling Jaya kira-kira 12.20 tengah hari 9 Mac, 1996.

Pada 30 Julai tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman itu.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Nobies berhujah bahawa tidak ada pengenalan yang positif kerana Nobies dikenal pasti oleh dua petugas UPS pada perbicaraan yang bermula pada 2003, tujuh tahun selepas insiden itu.

Katanya ia merupakan arah yang salah oleh Mahkamah Tinggi untuk mensabitkan Nobies.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Noraini Mohamed Noor membantah bahawa Nobies mempunyai kawalan ke atas bungkusan itu kerana dia yang menyerahkannya kepada UPS untuk dihantar.

Katanya saksi-saksi pendakwaan boleh mengenal pasti Nobies secara pasti di kandang tertuduh sebagai individu yang datang ke UPS supaya bungkusan itu dihantar. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan