Warga Belanda Didakwa Guna Dokumen Palsu

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Belanda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan dokumen palsu bagi memperdayakan sebuah yayasan diraja, bulan lepas.

Zvonko Berdik Albert, 65, didakwa menggunakan dokumen "Bill of Exchange Bedford International Financial Group" kononnya bernilai 150 juta Euro (1 Euro=RM4.21) bertujuan untuk didermakan kepada Yayasan Diraja Sultan Mizan.

Bagaimanapun, tertuduh mengetahui dokumen itu adalah palsu ketika ia diserahkan kepada yayasan tersebut di Istana Terengganu, Jalan Kia Peng pada 12 tengah hari, 16 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Hakim S.M. Komathy Suppiah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia dan menetapkan 2 Jun depan untuk sebutan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan