Sepasang Suami Isteri Didakwa Dera Anak Kandung

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sepasang suami isteri hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan mendera secara fizikal anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun lima bulan pada bulan lepas.

How Guan Teng, 39, dan isteri Ang Moi Lay, 36, didakwa dengan niat bersama melakukan penderaan terhadap anak kandungnya itu di sebuah rumah di Taman Mawar Jaya, Machap Umboo, Alor Gajah pada pukul 12.30 malam, 25 April lepas.

How, seorang mekanik dan Ang, suri rumah, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara tidak lebih daripada 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

How dan isterinya tidak diwakili peguam.

Hakim Zaharah Hussain membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Jun depan untuk sebutan kes berkenaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan