Peniaga Didakwa Beri Keterangan Palsu Di Mahkamah - Berita Mahkamah | mStar

Peniaga Didakwa Beri Keterangan Palsu Di Mahkamah

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi keterangan palsu ketika menjadi saksi dalam satu kes perbicaraan politik wang, Mac lalu.

Mohammad Harun, 51, dari Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.

Zainal kemudiannya menetapkan 3 Jun ini untuk sebutan semula kes dan memerintahkan Mohammad dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Mohammad dituduh memberi keterangan bercanggah pada 16 Mac lalu, kira-kira pukul 2.45 petang ketika menjadi saksi kes perbicaraan Mohd Anuwari. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan