Dr Asri Mohon Keputusan Mahkamah Disemak Semula

Diterbitkan: Isnin, 3 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan memohon rayuan supaya keputusan mahkamah berhubung kes memberi kuliah agama tanpa tauliah disemak sekali lagi.

Menurut beliau, pihak pendakwaan meminta penukaran Hakim Syarie sebelum membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam tanpa rayuan.

“Saya rasa perkara ini sangat berbahaya kepada undang-undang. Jadi, saya akan membuat rayuan supaya keputusan hari itu disemak lagi,” ujar beliau ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini.

Sementara itu, Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohamad memutuskan bon jaminan di mahkamah itu dibatalkan oleh Hakim Syariah Selangor.

Oleh yang demikian, kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dan perbicaraan ditangguh pada 21 Mei ini.

Pada 28 April lalu, Hakim Syarie Mohamad Adib Husain membuat keputusan menerima permohonan semakan kehakiman daripada Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Halim terhadap keputusan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang sebelum ini menolak permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes Dr Asri ke Mahkamah Tinggi.

Pada 18 November 2009, Dr Mohd Asri, 38, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah kediaman di Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang antara pukul 8.10 malam dan 9.45 malam 1 November tahun berkenaan.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Semasa membacakan keputusannya itu, Mohamad Adib berkata, Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk menyemak keputusan-keputusan yang dibuat oleh Mahkamah-mahkamah Rendah untuk menegakkan keadilan dan proses semakan tertumpu kepada kes-kes yang sedang dibicarakan dan bukan kes yang telah dihakimi.

Di bawah Seksyen 101 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003, Ketua Pendakwa Syarie berhak untuk memindahkan kes dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi, katanya.

Beliau berkata keistimewaan ini selari dengan mahkamah sivil di mana kes dari Mahkamah Majistret boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Mohamad Adib berkata, alasan Abdul Shukor untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi berdasarkan kepentingan awam adalah munasabah dan bukannya kerana kepentingan individu memandangkan Dr Mohd Asri adalah bekas Mufti Perlis.

Mengenai dakwaan responden bahawa terdapat tangan-tangan ghaib yang mempengaruhi pendakwaan dalam kes ini, Mohamad Adib berkata perkara itu perlu dibangkitkan semasa perbicaraan.

Dr Mohd Asri hadir pada prosiding pagi ini dan beliau diwakili peguam Kamar Ainiah Kamaruszaman.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan