Gagal Lapor Kecederaan Kugan Kerana Bukan Waktu Bertugas: Saksi

Diterbitkan: Jumaat, 30 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa kegagalan saksi memaklumkan kecederaan yang dialami oleh tahanan, A.Kugan akibat dipukul Konstabel V.Navindran kepada penyelia atau pegawai atasan adalah kerana bukan waktu beliau bertugas.

Lans Koperal Junid Harun, 34, menjelaskan kejadian itu berlaku kira-kira empat hingga lima minit sebelum beliau memulakan tugas pada pukul 4 petang, 16 Januari tahun lepas.

Beliau menjelaskan kepada mahkamah kegagalan itu juga adalah kerana Kugan menyatakan dirinya dalam keadaan baik dan normal selepas beliau bertanya kepada Kugan.

"Saya tidak melaporkan kejadian itu juga adalah kerana Detektif Koperal Awtar Singh, yang juga penyelia ketika itu turut berada di situ," katanya ketika disoal balas peguam bela Datuk P.M Nagarajan.

Ketika ditanya mengenai keadaan Kugan ketika Navindran memukul Kugan dengan menggunakan hos getah, beliau berkata Kugan dilihat tidak menjerit.

Sebelum ini, Junid memberi keterangan bahawa beliau ada melihat Navindran memukul Kugan tetapi tidak dapat mengingati sama ada hos getah itu dilipat dua atau sebaliknya.

Bagaimanapun Junid tidak bersetuju dengan cadangan Nagarajan bahawa tindakannya itu adalah untuk membantu pihak pendakwaan dan juga melepaskan diri daripada pertuduhan yang sama.

Saksi ke-19 pendakwaan itu memberi keterangan balas pada perbicaraan kes Navindran, 28, yang mengaku tidak bersalah 1 Oktober lepas terhadap dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah. Navindran didakwa melakukan perbuatan itu di bilik soal siasat pejabat D9, di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, 7 pagi, 16 Januari tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi dua pertuduhan pilihan menyebabkan cedera kepada Kugan, Navindran turut mengaku tidak bersalah di tempat dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda.

Sementara itu, saksi ke-20, Lans Koperal Shamsul Kamal Ismail, memberitahu bahawa beliau ada melihat kecederaan berlaku terhadap Kugan di bahagian pergelangan mangsa ketika bersama dalam siasatan untuk mengesan suspek lain yang disyaki terbabit dalam sindiket curi kereta mewah di Tanjung Karang.

Bagaimanapun, Shamsul Kamal, 48, secara tiba-tiba menukar kenyataan itu selepas dirujukkan beberapa keping gambar mengenai kecederaan Kugan.

"Kecederaan ketika itu tidaklah seteruk seperti mana dalam gambar ini," katanya yang memberi keterangan pada hari ke-19 kes itu dibicarakan.

Beliau juga mengesahkan melalui beberapa keping gambar yang dirujuk tidak melihat kecederaan yang dialami Kugan seperti dibahagian seperti bibir, kaki, dan bahagian belakang mangsa.

Perbicaraan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin bersambung 5 Mei ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan