Pemilik Bengkel Bebas Tuduhan Palsu Dokumen Tuntutan Selenggara Perdana V6

Diterbitkan: Khamis, 29 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik bengkel kereta dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memalsukan dokumen tuntutan berhubung penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive milik Kerajaan Negeri Terengganu, lebih dua tahun lalu.

Hakim Mohamad Khalid Abd Karim membuat keputusan tersebut terhadap Choong Yuen Sang, 49, setelah mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tersebut.

Pemilik bengkel di Chendering itu, dekat sini, didakwa memberi invois mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan satu set kotak gear transmisi automatik V6 bernilai RM19,119.91 untuk kereta bernombor pendaftaran TAK 415.

Invois itu didakwa diberikannya kepada Penolong Pegawai Tadbir negeri, Hashim Abdul Rahman di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada 2 Ogos 2007.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Nazrul Nizam Mohamad Zamri manakala tertuduh diwakili oleh peguam V. Rajadevan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan