Mahkamah Akan Putuskan Permohonan Habeas Corpus Benjy 35 Mei

Diterbitkan: Khamis, 29 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aktor Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy, yang ditangkap semula dan ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, akan mengetahui pada 5 Mei sama ada Mahkamah Tinggi akan membenarkan permohonannya bagi writ habeas corpus memohon pembebasannya dengan segera.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Sofian Abd Razak menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak menggulung hujah selama tiga hari, hari ini.

Pada 8 April, Benjy memfail permohonan menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri, dan kerajaan sebagai responden, dan juga memohon perintah bahawa beliau tidak akan ditangkap semula selepas pembebasannya.

Benjy, anak lelaki tunggal aktres veteran Azean Irdawaty, mengaku tidak bersalah memiliki 0.24gm methamphetamine di sebuah rumah di A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B, off Jalan Segambut di sini pada 4 ptg 11 Mac.

Beliau dibebaskan dengan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin tetapi selepas Azean membayar jaminan, Benjy ditangkap semula kerana tuduhan terlibat dalam pengedaran dadah.

Benjy, 32, telah ditahan selama 33 hari di lokap Balai Polis Bukit Jalil.

Peguamnya Amer Hamzah Arshad berkata, terdapat percanggahan dalam hujah responden dan satu kenyataan akhbar oleh polis bahawa tidak terdapat sindiket dadah terlibat dengan Benjy.

"Secara lojik, jika tidak ada sindiket terlibat bererti tiada orang lain terlibat," katanya dalam jawapan terhadap hujah Peguam Kanan Persekutuan Najib Zakaria, yang mewakili kesemua tiga reponden.

Najib berhujah semalam bahawa Benjy ditangkap semula dan ditahan demi kepentingan ketenteraman awam kerana beliau dikenalpasti dalam prosesan dadah dan kegiatan mengedar di Kepong.

Amer Hamzah berkata, tidak seorangpun pegawai polis menyebut sama ada penahanan diperlukan bagi menyiapkan siasatan.

Beliau berkata, dua pegawai tangkapan bertindak secara mekanikal dalam menangkap Benjy pada 25 Mac berdasarkan arahan daripada timbalan pengarah siasatan jenayah narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Datuk Ismail Yatim.

Beliau juga berhujah pegawai tangkapan Inspektor Nur Hazurah Ab Talib telah memberitahu Benjy secara silap yang ia ditangkap semula di bawah Seksyen 6.

"Dalam kes sekarang kita berurusan dengan Seksyen 3(1), bukan Seksyen 6.

"Jadi, adalah amat jelas bagi tangkapan di bawah Seksyen 3(1) akta berkenaan untuk sah dari segi undang-undang, pegawai tangkapan mesti meyakinkan mahkamah bahawa beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat alasan yang mewajarkan penangkapan pemohon," kata beliau.

Seksyen 3 menyebut bahawa seorang pegawai polis dibenarkan menangkap atau menahan seseorang tanpa waran bagi tujuan siasatan jika terdapat alasan untuk mempercayai bahawa orang itu terbabit dalam sebarang aktiviti pengedaran dadah.

Seksyen 6 menyentuh kuasa mengarahkan penahanan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun oleh Menteri jika beliau (Menteri) puashati bahawa orang itu terlibat dalam pengedaran dadah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan