Gaduh Lagi? Nah Denda RM500... - Berita Mahkamah | mStar

Gaduh Lagi? Nah Denda RM500...

Diterbitkan: Khamis, 29 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Dua jiran yang bergaduh mengenai penebangan tiga batang pokok kelapa di hadapan rumah mereka telah diarahkan oleh Mahkamah Majistret di sini membayar bon berkelakuan baik sebanyak RM500 setiap seorang.

Dan jika persengketaan di antara mereka berlaku lagi dalam tempoh enam bulan ini, mereka akan kehilangan bon tersebut.

Majistret Nor Shahid Abd Malik membuat arahan tersebut setelah melihat bagaimana kedua-dua jiran ini terus bertelagah di dalam mahkamah dan enggan mengalah.

Lebih kurang sejam selepas kedua-dua jiran tersebut S. Rajanthran dan S. Karunagaran serta isterinya G. Mariyae bersetuju dengan keputusan mahkamah, Mariyae telah mengeluarkan kata-kata ugutan ke atas Rajanthran yang dia akan menerima tumbukan jika enggan berhenti bercakap.

“Awak ini penipu... dan awak telah hilang akal sejak isteri awak meninggal dunia. Lebih baik awak diam atau saya akan datang kepada awak dan tumbuk awak,” katanya, sambil menuding jari ke arah Rajanthran.

Rajanthran membalas kembali dengan berkata, dia telah merakamkan semua kata-kata ugutan Mariyae.

Selepas bertekak selama setengah jam, mereka kemudiannya ke kaunter mahkamah untuk membayar bon.

Pada Jun tahun lepas, Rajanthran telah memohon kepada Majlis Bandaraya Johor Baru untuk menebang tiga batang pokok kelapa di hadapan rumahnya.

Sejak itu, kata Rajanthran, dia hidup dalam ketakutan selepas jirannya itu, yang kerap melakukan upacara sembahyang di bawah pokok kelapa berkenaan telah melempar batu ke arah rumahnya dan mengugut untuk membunuhnya.

Rajanthran telah membuat 49 laporan polis dan ini menyebabkan mereka saling saman menyaman untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan