Permohonan Batalkan Saman Bekas Lima Pegawai TUDM 21 Mei

Diterbitkan: Selasa, 27 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan mendengar pada 21 Mei ini permohonan kerajaan dan dua lagi untuk membatalkan saman bekas lima pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditamatkan perkhidmatan selepas kejadian dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM hilang pada 2007.

Permohonan kerajaan Malaysia, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Majlis ATM yang dinamakan sebagai defendan dalam saman itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof.

Timbalan Pendaftar Fatimah Rubi'ah Ali menetapkan tarikh itu semasa berjumpa peguam Leftenan Komander (B) Zalil Mohd Mess bagi kelima-lima pegawai itu dan Peguam Kanan Persekutuan Aida Adha dan Suhaila Harun bagi ketiga-tiga defendan ketika kes itu disebut untuk pengurusan kes.

Kelima-lima pegawai yang ketika dalam perkhidmatan adalah Brigedier Jeneral Abdul Hadi Abdul Khatab, Leftenan Kolonel Mohamed Ariff Mohd Daud, Kolonel Mohamad Sani Sumarnak, Mejar Rusli Ibrahim dan Mejar Noor Zeelan Draman, menfailkan saman pemula terhadap kesemua defendan pada 7 Januari 2010.

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan berasingan, mereka masing-masing mendakwa telah ditamatkan perkhidmatan dan dibatalkan tauliah mereka dalam ATM pada sekitar Jun 2008 kerana salah laku semasa siasatan kejadian kehilangan jet itu.

Mereka mendakwa akibat daripada penamatan perkhidmatan dan pembatalan tauliah itu, mereka malu seolah-olah mereka bersalah menipu wang kerajaan, mengakibatkan ATM dan kerajaan menanggung kerugian wang yang banyak, bersubahat dengan kontraktor-kontraktor untuk menipu kerajaan dan mereka bukan seorang pegawai kanan ATM yang amanah.

Mereka juga tidak dibenarkan menggunakan pangkat masing-masing selepas ditamatkan perkhidmatan.

Kelima-lima lelaki itu memohon pengisytiharan bahawa penamatan perkhidmatan dan pembatalan tauliah itu tidak sah di sisi undang-undang, cacat dan tidak sah kerana defendan tidak menyatakan secara khusus salah laku yang dilakukan mereka.

Mereka yang sudah lama berkhidmat dalam ATM, masing-masing memohon deklarasi bahawa mereka berhak kepada semua gaji, elaun dan faedah-faedah mulai Jun 2008 sehingga mereka mencapai umur persaraan penuh.

Mereka juga masing-masing memohon ganti rugi antara RM1juta sehingga RM5juta, faedah dan juga kos.

ATM, Azizan dan kerajaan Malaysia, dalam permohonan membatalkan saman itu yang difailkan pada awal bulan ini, berkata semua permohonan untuk mencabar keputusan defendan hanya boleh dibuat melalui permohonan semakan kehakiman dan bukannya melalui saman pemula. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan