Isteri, Mentua Dr Ahmad Ramzi Nafi Hantar SMS Ugutan

Diterbitkan: Selasa, 27 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Isteri dan bapa mentua Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir hari ini menafikan ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Datin Ilia Ismail, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik dan bapanya Ismail Awang Su, 70, juga menafikan ada meminta sesiapa menghantar SMS ugutan kepada tiga ADUN berkenaan.

Mereka berkata demikian semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz pada perbicaraan Dr Ahmad Ramzi, setiausaha politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh yang dituduh menghantar ugutan jenayah menerusi SMS kepada tiga ADUN BN Terengganu, di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Kepada soalan lain, Ilia, 38, berkata, suaminya yang kini bekerja di pejabat MARA di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur mempunyai sebuah komputer riba jenama Dell.

"Dua buah komputer riba lagi yang ada di rumahnya ialah komputer riba jenama Dell milik bapanya dan komputer riba jenama Acer milik anaknya, bagaimanapun kedua-dua komputer riba itu telah diambil oleh pihak polis," katanya. Ilia memberitahu mahkamah beliau hanya menggunakan komputer riba anaknya untuk mencari bahan membantunya mengajar dan tidak pernah menggunakan komputer riba milik suaminya.

"Suami saya juga tidak pernah menggunakan komputer riba di rumah kerana memiliki komputer riba sendiri," katanya.

Dr Ahmad Ramzi didakwa atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi SMS iaitu bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa mengancam mendatangkan kematian ke atas ADUN Paka, Mohd Ariffin Abdullah pada pukul 11.21 malam, 13 April tahun lalu di E726 Kampung Kubang Parit.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama ke atas dua lagi ADUN, Abd Halim Jusoh (Permaisuri) dan Datuk Rosol Wahid (Ajil) antara pukul 11.21 dan 11.25 malam di tempat dan tarikh yang sama.

Beliau turut didakwa atas tuduhan pilihan, menggunakan perkhidmatan internet bagi menghantar SMS berbunyi: "Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?" kepada tiga ADUN tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan jika sabit kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.

Dr Ahmad Ramzi turut dituduh memfitnah Wan Ahamad Wan Muda, bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang kini memegang jawatan Timbalan Setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan itu menggunakan nombor telefon bimbit 019 -9158369 milik Wan Ahamad.

Dr Ahmad Ramzi diwakili tiga peguam iaitu Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman. Perbicaraan di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid bersambung 3 Jun. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan