Hukuman Mati Terhadap Pemuda Bunuh Jurutera Australia Kekal

Diterbitkan: Selasa, 27 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang pemuda yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati kerana membunuh jurutera warga Australia, Hans Herzog gagal dalam rayuan terakhirnya apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadapnya.

Panel tiga hakim yang bersidang turut mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan memerintahkan rakan subahatnya, yang merupakan seorang juvana pada masa kejadian, ditahan lebih lanjut di penjara bagi tempoh mengikut perkenan Sultan Selangor.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri James Foong Cheng Yuen dan Datuk Heliliah Yusof sebulat suara menolak rayuan Low Kian Boon, 24, dan juvana itu, yang kini berumur 23 tahun, bagi mengetepikan sabitan masing-masing, hukuman mati dan tahanan mengikut perkenan Sultan.

Kedua-dua mereka pada asalnya dituduh membunuh Herzog, 59, di sebuah rumah di Jalan USJ 1/4E, di USJ, Selangor, antara 12.20 pagi dan 12.45 pagi, 12 November 2003 tetapi Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun pada 2004 atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan niat mereka untuk menyebabkan kematian.

Mereka diperintahkan menjalani hukuman bermula dari tarikh mereka ditangkap pada November 2003.

Namun, Mahkamah Rayuan pada tahun lepas membenarkan membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Dua anak tiri Herzog, berumur 16 dan 14 (ketika kejadian) turut didakwa dengan pertuduhan itu tetapi dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Feb, 2006, tanpa dipanggil membela diri selepas didapati tiada bukti kedua-dua remaja perempuan itu mempunyai niat bersama membunuh Herzog.

Heliliah, dalam keputusan hari ini, memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan betul dalam keputusannya untuk mengetepikan rumusan Mahkamah Tinggi yang mendapati bahawa bahawa kedua-dua tertuduh tidak mempunyai niat untuk membunuh jurutera itu.

Beliau bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa kedua-dua mempunyai niat untuk mendatangkan kecederaan yang membunuh si mati berdasarkan 23 kesan tetakan pada badan di mati dan serangan dirancang lebih awal dengan pembelian dua bilah parang.

Heliliah berkata, Mahkamah Tinggi bagaimanapun betul apabila memutuskan kedua-dua tertuduh terbabit dalam pembunuhan Herzog.

Low diwakili peguam Edmund Bon, manakala juvana itu diawakili Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah. Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Bache menjalankan pendakwaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan