Rayuan Ditolak, Naib Canselor UUM Didenda RM5,000

Diterbitkan: Ahad, 25 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini hari memerintahkan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Tan Sri Dr Nordin Kardi membayar denda RM5,000 kerana kesalahan menghina mahkamah dalam tempoh dua minggu atau menjalani hukuman penjara sebulan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zamani Abdul Rahim mengeluarkan perintah itu selepas menolak rayuannya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman denda itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Pada 3 Februari lepas, Dr Nordin didenda RM5,000 atau penjara sebulan kerana gagal melaksanakan perintah injunksi yang dibuat Mahkamah Tinggi di sini yang menghalang universiti itu menganjurkan program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).

Dr Nordin, yang tidak hadir di mahkamah hari ini dan UUM diwakili peguam K.Valen.

Perintah injunksi itu diperoleh sebuah syarikat penganjur program MBA dengan UUM, KIC Management pada 8 Julai tahun lepas.

Peguam C.V. Krishnadevan yang mewakili KIC Management berkata UUM gagal mematuhi perintah injunksi itu, menyebabkan pihak syarikat memfailkan waran komital pada Oktober tahun lepas.

Pengarah Urusan KIC Management Azahar Abdul Rahman berkata syarikat memohon injunksi itu selepas UUM, melalui surat bertarikh 18 Mei 2009, membatalkan perjanjian usahasama dengan pihanya bagi mengendalikan program tersebut mulai 1 Jun tahun lepas.

Mengikut perjanjian itu yang ditandatangani pada 1 Sept 2008, pihak yang mahu menamatkan kontrak mesti memberikan notis bertulis enam bulan lebih awal dan selepas pelajar sesi terakhir menamatkan pengajian mereka, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan