Hakim Arah Pendakwaan Kemuka Keterangan Lengkap Penahanan Reman Rajamogan Jumaat Ini

Diterbitkan: Isnin, 19 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Wira Mohtarudin Baki mengarahkan pihak pendakwaan supaya menyediakan laporan terperinci mengenai prosiding pengeluaran waran tahanan reman ke atas seorang kelindan lori M.Rajamogan, Jumaat ini.

Perintah itu dikeluarkan hari ini selepas peguam bela Rajamogan, Amer Hamzah Arshad memohon supaya Mahkamah Tinggi membuat semakan terhadap perintah yang dibuat oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 19 Mac lepas.

Pada 15 Mac, Rajamogan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh K.Haresvarra seorang kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan di Pangsapuri Vista Damansara, Petaling Jaya pada 3 Mac lepas.

Pada tarikh itu juga pihak pendakwaan telah memohon kepada mahkamah majistret supaya satu tarikh sebutan ditetapkan sementara menunggu keizinan Pendakwa Raya dikeluarkan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selaras dengan Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

Pihak pendakwaan memberi alasan bahawa keizinan dari Pendakwa Raya berhubung dengan kes itu tidak dapat dikeluarkan kerana laporan kimia, laporan bedah siasat dan laporan-laporan perubatan yang lain masih belum disiapkan.

Amer Hamzah telah membantah permohonan itu kerana Mahkamah Majistret tidak seharusnya menangguhkan kes dan melanjutkan tempoh penahanan reman ke atas anak guamnya tanpa alasan munasabah.

Katanya kegagalan pihak pendakwaan membekalkan dokumen-dokumen berkenaan dalam tempoh masa yang diberikan tidak harus menjadi alasan tahanan reman ke atas Rajamogan dilanjutkan.

Bagaimanapun, pegawai pendakwaan Rosida Abu Bakar berkata setiap kali tempoh perintah tahanan reman ke atas Rajamogan dikeluarkan ia tidak melebihi lapan hari dan perintah tahanan reman ke atas tertuduh tidak dikeluarkan sekaligus dari 19 Mac hingga 16 April lepas.

Justeru, perintah tahanan reman yang dikeluarkan oleh pihak majistret tidak menyalahi Seksyen 259 KTJ kerana setiap tempoh tahanan reman yang diluluskan tidak melebihi lapan hari, katanya.

Mengenai laporan yang belum diterima untuk kes itu, Rosidah berkata setakat ini pihaknya baru mendapat laporan bedah siasat sementara laporan-laporan lain belum lagi diperolehi.

"Alasan laporan kimia belum diperolehi (untuk menangguhkan kes itu) adalah munasabah kerana itu bidang kuasa orang lain. Pendakwaan tidak dapat campurtangan kita tidak boleh arah mereka untuk siapkan (laporan) dalam masa ditetapkan," katanya.

Beliau juga berkata pendakwaan ke atas Rajamogan dibuat selepas siasatan polis selesai dan laporan-laporan seperti bedah siasat itu hanyalah sebagai sokongan.

Oleh itu beliau berkata mahkamah sepatutnya menolak permohonan semakan yang dibuat oleh Rajamogan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan