Bekas Pemandu Lori Langgar Budak Dipenjara Dan Didenda

Diterbitkan: Jumaat, 16 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pemandu lori hari ini dipenjara dua tahun dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Trafik setelah didapati bersalah melanggar kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun sehingga menyebabkan kematian, tujuh tahun lepas.

Majistret Nik Hasline Hashim menjatuhkan hukuman itu terhadap C. Murugan, 33, kerana melanggar Muhammad Aizat Ahmad, di Lorong Kampung Benteng Segambut, di sini pada 12.30 tengah hari, 10 Disember 2003.

"Melalui keterangan saksi, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes tersebut, oleh itu kamu wajar dipersalahkan," katanya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 1991) Akta A 1065 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000 dan hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun.

Selain itu, Murugan turut didenda RM400 kerana gagal melaporkan kemalangan itu di balai polis berhampiran dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan berlaku.

Dia juga didenda RM300 kerana tidak memiliki lesen memandu yang sah dan didenda RM300 kerana memandu kenderaan tanpa dilindungi polisi insuran.

Terdahulu peguam tertuduh, R. Murugan dalam rayuannya berkata tertuduh tidak ada niat melangar mangsa dan dia menyesal dengan perbuatannya.

"Selama tujuh tahun kes ini mengambil masa untuk diselesaikan, ia merupakan satu hukuman buat tertuduh, saya mohon hukuman minima dikenakan kepadanya yang kini hilang pekerjaan dan hanya membantu bapanya menjalankan perniagaan besi buruk," katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Cif Inspektor Abdullah Said. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan