PKR Berhenti Siar Perkataan Fitnah Terhadap MB Perak

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua yang lain telah memberikan akujanji mereka kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bahawa mereka tidak akan mencetak dan menerbitkan lagi artikel bertajuk "Zambry Disyaki Pengganas - Gagal Masuk ke Amerika Syarikat", dalam akhbar bulanan parti itu, Suara Keadilan.

Akujanji itu dipersetujui oleh kedua-dua pihak dengan cara persetujuan, yang dicatatkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Dr Prasad Sandosham Abaraham.

Perintah itu berkaitan saman RM100 juta yang difailkan oleh Zambry terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain mengenai artikel yang disiarkan dalam Suara Keadilan.

Dalam saman itu yang difailkan pada 25 Februari, Zambry menamakan Dr Wan Azizah dalam kapasiti beliau sebagai Anggota Jawatankuasa (AJK) PKR, Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali sebagai ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar itu, Pelita Koridor Sdn Bhd, dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan Zambry untuk perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada menerbitkan lagi artikel itu.

Pada permulaan, peguam Zambry Aisha Mubarak memaklumkan kepada mahkamah bahawa akujanji itu dibuat berikutan permohonan Menteri Besar tersebut untuk perintah injunksi.

Aisha berkata, PKR dan penerbit akhbar itu, Pelita Koridor Sdn Bhd, dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd telah memberikan akujanji mereka tidak akan mencetak dan menerbitkan artikel berkenaan atau membuat sebarang kenyataan lagi secara tidak langsung, dalam apa pun kandungan artikel tersebut.

Di luar mahkamah, Aisha memberitahu media bahawa PKR telah memberikan akujanji itu mengenai perkara tersebut kerana defendan pertama dan kedua (Dr Wan Azizah dan Syed Husin) yang dinamakan dalam saman itu adalah AJK PKR.

Zambry, dalam kenyataan tuntutan berkata edisi akhbar itu bertarikh 29 Disember 2009, mengandungi perkataan yang disiarkan memfitnah yang palsu, tidak berasas dan berniat jahat.

Menteri Besar itu menegaskan bahawa beliau tidak dihalang untuk memasuki Amerika Syarikat dan dapat melawat negara tersebut dan pada hakikatnya diberikan pengiktirafan sebagai Menteri Besar Perak.

Beliau berkata, lawatannya ke Amerika Syarikat diberikan laporan meluas dalam media dan defendan dengan sengaja menerbitkan perkatan memfitnah itu.

Zambry berkata, perkataan memfitnah sangat melukakan perasaannya dan mengalami pandangan buruk terhadap orang ramai, reputasi peribadi dan ahli politik serta merasakan dibenci dan dihina di khalayak ramai.

Beliau juga berkata, perkataan memfitnah dibuat untuk menghina kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak dan disiarkan secara besar-besaran pada muka belakang akhbar tersebut bagi menarik lagi perhatian pembaca dan untuk menjejaskan teruk imejnya dan memalukan beliau.

Perkataan memfitnah itu difahami bermakna bahawa beliau disyaki sebagai seorang pengganas, terbabit dalam keganasan dan disenaraikan dalam pangkalan data pengganas dan tidak layak menjadi Menteri Besar Perak dan penjawat awam, kata beliau.

Beliau memohon ganti rugi RM100 juta, termasuk ganti rugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi untuk menghalang defendan daripada penerbitkan lagi perkataan memfitnah atau sebarang perkataan memfitnah yang sama terhadap beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan