Dipenjara Dua Tahun, Dua Sebatan Dan Denda RM3,000 Kerana Menipu - Berita Mahkamah | mStar

Dipenjara Dua Tahun, Dua Sebatan Dan Denda RM3,000 Kerana Menipu

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun, dua sebatan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana kesalahan menipu seorang pengarah syarikat dengan memalsukan surat kelulusan sebuah projek perumahan di Melaka, lapan tahun lalu, melibatkan kerugian RM60,000.

Hakim Rozana Ali Yusoff menjatuhkan hukuman itu terhadap Nazarudin Idris,35, yang bekerja sendiri selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Nazarudin didakwa menipu Ahmad Yusof dengan memperdayakan mangsa supaya menyerahkan sekeping cek Bank Islam Malaysia Berhad bagi tujuan meluluskan permohonan cadangan projek penswastaan pembangunan perumahan bercampur di Lot 634, Mukim Semujuk, Daerah Jasin, Melaka, sedangkan tertuduh didakwa mengetahui surat kelulusan bertarikh 7 Mei 2002 itu adalah palsu.

Tertuduh didakwa telah mendorong mangsa untuk mempercayai surat kelulusan berkenaan hinggakan mangsa menyerahkan cek bernilai RM60,000 melalui Mejar (B) Abdul Ghaffar Azmi Abdul Aziz sebagai orang tengah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di lobi Hotel International Kuala Lumpur di Jalan Raja Muda di sini, antara pukul 1 dan 2 petang, 9 Mei 2002.

Nazarudin dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Peguam Mohd Yusoff Aglah yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menimbangkan hukuman berbentuk bon berkelakuan baik dikenakan ke atas Nazarudin memandangkan ia adalah kesalahan pertama tertuduh.

Katanya Nazarudin juga mempunyai penyakit jantung, batu hempedu serta buah pinggang dan perlu menyara lima orang anak serta kedua ibu bapa dengan hanya pendapatan RM2,000 sebulan.

Rozana kemudiannya berkata permohonan hukuman bon berkelakukan baik adalah tidak sesuai memandangkan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius .

"Kes ini tak sesuai untuk hukuman yang diminta, kita mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan kes ini, saya harap hukuman yang akan dijatuhkan ini tak perlu diikat jamin dan saya harap awak berubah, dalam mencari mata pencarian, pendapatan perlu bersih, tak perlu buat kerja tak elok, " katanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, Mohtar Sani.

Mohd Yusoff kemudiannya memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan