ADUN Lenggeng Bebas Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tiga tuduhan rasuah.

Hakim Amran Jantan membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Beliau berkata, keterangan menunjukkan pengadu tidak pasti sama ada beliau memperoleh permit pasir setelah menerima surat sokongan daripada Mustafa.

Mustafa, 52, dituduh kerana menerima suapan RM3,000 daripada M.Manimaran melalui Mustafa Pendek di Lot 1321, Mukim Pantai di Seremban pada 28 Ogos 2008, pukul 11 pagi, sebagai balasan mengeluarkan surat sokongan untuk Manimaran bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Beliau juga dituduh menerima RM2,000 daripada Manimaran untuk tujuan yang sama di Jahrin Maju Restaurant, Taman Bunga Raya 2, Mantin, pada pukul 5 petang, 31 Ogos, 2008.

Bagi tuduhan ketiga, beliau didakwa meminta RM2,000 daripada Manimaran di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan di Jalan Datuk Klana Ma'amor, pada 30 Ogos, 2008, pukul 9.05 malam.

Mustafa didakwa mengikut Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum Seksyen 16 di bawah Akta Undang-Undang Malaysia (Akta 575) yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM negeri Feza Fazlin Fandi sementara Mustafa diwakili peguam Feisal Mustapha dan Datuk Taqiyuddin Yahya.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Mustafa berkata beliau sangat bersyukur dengan keputusan mahkamah itu.

"Sebagai wakil rakyat saya akan teruskan kerja saya selepas ini. Saya masih banyak lagi kerja yang perlu dilaksanakan. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai ADUN kawasan saya," katanya dengan disertai kira-kira 40 orang penyokongnya yang mengucapkan tahniah kepada beliau.

Mustafa berharap masyarakat di Dewan Undangan Negeri Lenggeng akan terus memberikan sokongan kepada beliau.

Sementara itu, isteri beliau Roziah Ayob berkata, berita gembira itu juga adalah sempena dengan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25 tahun hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan