Kes Dua Beradik Dituduh Bakar Gereja Dibicara 6, 7 Julai

Diterbitkan: Selasa, 13 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 6 dan 7 Julai depan untuk perbicaraan kes dua beradik dan seorang rakan mereka yang didakwa membakar sebuah gereja di sini Januari lepas.

Hakim S.M Komathy Suppiah yang mendengar kes itu juga memerintahkan pihak pendakwaan menyerahkan tiga laporan perubatan kepada pihak pembelaan pada hari berkenaan.

Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, adiknya Raja Mohamad Idzham, 22, dan Azuwan Shah Ahmad, 23, didakwa bersama-sama beberapa orang yang masih bebas, melakukan khianat dengan membakar Metro Tabernacle Church AG di Jalan 4/4c, Desa Melawati di sini pada 11.50 malam 7 Jan lepas.

Ketiga-tiga tertuduh, yang bekerja sebagai penghantar surat, didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt memberitahu mahkamah pihak pendakwaan akan memanggil antara 10 dan 12 orang saksi termasuk doktor dan anggota polis selain menayangkan rakaman kamera video litar tertutup (cctv) di tempat kejadian.

Raja Mohamad Faizal dan Raja Mohamad Idzham diwakili peguam Datuk Hanif Hashim manakala pAzuwan Shah diwakili peguam Dzaki Ezhar Bahar. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan