Penganggur Simbah Cuka Getah Pada Isteri Dipenjara Enam Tahun, Dua Sebatan - Berita Mahkamah | mStar

Penganggur Simbah Cuka Getah Pada Isteri Dipenjara Enam Tahun, Dua Sebatan

Diterbitkan: Isnin, 12 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penganggur, Supian Hani Ismail yang didakwa menyimbah cuka getah kepada isterinya, Zarina Wahab dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini. - Foto BERNAMA
Penganggur, Supian Hani Ismail yang didakwa menyimbah cuka getah kepada isterinya, Zarina Wahab dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini. - Foto BERNAMA

KUANTAN: Seorang penggangur dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menyimbah cuka getah pada isterinya, Rabu lepas.

Supian Hani Ismail, 47, dilihat tenang selepas Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman itu yang berkuatkuasa hari ini.

Dalam penghakimannya, Irwan berkata, mahkamah memandang serius kesalahan yang dilakukan tertuduh yang sepatutnya menjadi pelindung kepada isterinya.

Supian Hani didakwa sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Zarina Wahab, 43, dengan menggunakan apa-apa benda yang melecur iaitu cuka getah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor 67, Felda 2 Bukit Sagu di sini antara 12.30 malam hingga 2 pagi, 7 April lepas mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah meminta mengadakan hubungan kelamin namun ditolak isterinya sebelum dia bertindak menyimbah cuka getah kepada mangsa.

Hasil pemeriksaan awal Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan mendapati mangsa mengalami lapan peratus kesan terbakar di bahagian kiri badan termasuk bawah dagu dan tangan.

Terdahulu, Supiah Hani yang tidak diwakili peguam memohon diringankan hukuman ke atasnya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hidayatul Syuhada Shamsudin dan Heng Yen Loo memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh telah menyebabkan kecederaan kekal terhadap isterinya sendiri.

Pihak pendakwaan turut memohon mahkamah mengambil kira kesakitan serta kesedihan mangsa yang kehilangan maruah dan harga diri selepas kes tersebut mendapat liputan meluas media. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan