Juru Elektrik Dan Pemilik Kedai Didenda RM5,000 Miliki DVD Dan VCD Tanpa Kelulusan

Diterbitkan: Isnin, 12 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang juru elektrik hari ini didenda RM5,000 di Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki 266 keping DVD berbahasa Inggeris pelbagai tajuk yang belum diluluskan Lembaga Penapisan Filem, dua hari lepas.

Majistret Nor Azah Kasran mengenakan denda itu terhadap Man Kok Wah, 24, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Man didakwa memiliki 266 keping DVD berkenaan tanpa perakuan 'B' di pasar malam Jalan Manis 2, Taman Segar, Cheras pada jam 8.15 malam, 10 April 2010.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 6 (1) Akta Penapisan Filem 2002 dan boleh dihukum di bawah Seksyen (6) (2) (a) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM30,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Kok Wah yang tidak diwakili peguam meminta hukuman minimum dikenakan ke atasnya memandangkan dia hanya berpendapatan RM700 sebulan serta perlu menyara isteri dan seorang anak berusia tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Cif Insp R. Rukumar.

Sementara itu di Mahkamah Majistret berasingan, seorang pemilik kedai warga Bangladesh juga didenda RM5,000 kerana menyimpan 583 keping DVD dan VCD yang belum diluluskan mengikut Akta Penapisan Filem 2002.

M.M. Mamoon UR Rashid, 42, mengaku bersalah atas pertuduhan itu. Dia menjelaskan denda itu.

M.M. Mamoon, didakwa menyimpan sebanyak 268 filem pelbagai tajuk dalam bentuk DVD dan 315 filem pelbagai tajuk dalam bentuk VCD yang belum diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem di premisnya di Beaupoint Interior Design Sdn Bhd di Jalan Tun Tan Siew Sin, Sentul pada 4 petang, 10 April lepas.

Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwaan dari Kementerian Dalam Negeri Mohamad Ibrahim. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan