Permohonan Tengku Faris Ketepi Saman Berkaitan Kereta Bentley Didengar 9 Jun

Diterbitkan: Jumaat, 9 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 9 Jun bagi mendengar permohonan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Sultan Ismail Petra untuk mengetepikan saman adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry berhubung pemilik benefisial sebuah kereta Bentley Brooklands, berharga S$706,880 (RM1.6 juta).

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Yusof akan mendengar permohonan itu.

Penolong kanan pendaftar Suzarika Sahak menetapkan tarikh itu dalam kamar hari ini di hadapan Peguam P.Vadivu, yang menyebut bagi pihak peguam Tengku Muhammad Fakhry, Datuk Mohd Haaziq Pillay, dan Idza Hajar Ahmad Idham, yang mewakili Tengku Muhammad Faris.

Vadivu berkata, mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak supaya mengesahkan afidavit mereka sebelum 13 April.

Pada 9 September tahun lepas, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman pemula, dengan menamakan Tengku Mahkota sebagai defendan, untuk memohon antara lain, deklarasi bahawa kereta berwarna biru itu dengan nombor pendaftaran DBG 1, yang dibeli bagi pihak atau untuk kegunaan baginda atau ayahanda baginda, adalah kepunyaannya.

Baginda turut memohon deklarasi bahawa baginda mempunyai hak mutlak ke atas kereta itu dan penahanan kereta itu oleh Tengku Muhammad Faris adalah tidak sah.

Tengku Muhammad Fakhry turut memohon deklarasi bahawa baginda berhak untuk mengambil semula kereta berkenaan di mana ia berada atau dijumpai, dan Tengku Muhammad Faris atau ejen baginda, dihalang daripada mengambil kereta itu tanpa keizinan dan pengetahuannya.

Tengku Muhammad Fakhry dalam afidavit sokongannya berkata, semua transaksi berkaitan penjualan dan pembelian kereta itu pada September 2008 dilakukan antara baginda dan pengedar kereta berkenaan, Malayan Motors.

Baginda berkata, pada 24 September 2008, kereta berkenaan diserahkan kepada Sultan Kelantan dan didaftarkan atas nama Sultan Ismail Petra.

Katanya, sejak berada di Kelantan, kereta itu pada sepanjang masa berada dalam pemilikan eksklusif baginda untuk kegunaannya di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu, dan juga di kediamannya di Dua Residency, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Baginda berkata, pada 18 Julai 2009, semasa berada di luar negara, Tengku Muhammad Faris, menerusi ejen atau pekerja baginda dan tanpa pengetahuan serta keizinannya telah membawa kereta itu dari kediamannya di Dua Residency ke Istana Mahkota.

Tengku Muhammad Fakhry berkata, baginda akhirnya mendapat tahu bahawa kereta berkenaan berada di Istana Telipot, Kota Bharu, iaitu kediaman rasmi Tengku Mahkota.

Baginda turut mendakwa sepanjang masa baginda menggunakan kereta itu, Sultan Kelantan tidak pernah membantah dan Tengku Muhammad Faris tidak pernah menggunakan atau menuntut pemilikan ke atas kenderaan itu.

Baginda mendakwa baginda merupakan pemilik benefisiari kereta itu dan berhak untuk menggunakan serta memilikinya.

Tengku Muhammad Faris, dalam permohonan untuk mengetepikan saman berkenaan, yang difailkan pada 11 Februari tahun ini berkata, saman berkenaan adalah mudah dan nyata tidak boleh dibela kerana pembeli kereta terbabit merupakan Sultan Kelantan.

Baginda berkata, resit yang dikeluarkan atas pembelian kereta itu dan pemilik berdaftar kereta juga adalah atas nama Sultan Kelantan.

Tengku Mahkota dan Tengku Muhammad Fakhry tidak mempunyai kuasa serta hak perundangan untuk memasuki sebarang perjanjian bagi pihak Sultan.

Deklarasi yang dipohon oleh Tengku Muhammad Fakhry bahawa baginda merupakan pemilik benefisiari kereta itu sepatutnya dipohon terhadap pemilik berdaftar kenderaan itu iaitu Sultan Kelantan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan