Saksi Kes Kugan Akui Beri Keterangan Bercanggah

Diterbitkan: Rabu, 7 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang saksi pendakwa hari ini mengaku memberi keterangan bercanggah di Mahkamah Sesyen di sini dalam perbicaraan kes kematian A. Kugan semasa dalam tahanan polis tahun lepas.

Konstabel Mohd Fauzi Mohd Nor, 29, yang bertugas di Balai Polis Subang Jaya ketika kejadian berkata, beliau keliru kerana terlalu banyak soalan dikemukakan.

Semalam, Mohd Fauzi memberi keterangan dalam pemeriksaan utama bahawa dia ada melihat tertuduh Konstabel V.Navindran memukul Kugan dengan menggunakan hos getah di bilik tahanan pejabat D9 di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya.

Bagaimanapun, pada pemeriksaan balas oleh peguam tertuduh, Datuk P.M Nagarajan, beliau menafikan ada melihat kejadian itu sebaliknya hanya mendengar jeritan Kugan dan bunyi pukulan di bilik itu.

Katanya, beliau telah membuat andaian itu berdasarkan jeritan Kugan, bunyi daripada hos getah yang didakwa digunakan untuk memukul mangsa.

Mohd Fauzi, yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sebagai Lans Koperal berkata, dia juga membuat andaian apabila kedudukan Navindran berdiri mengadap Kugan dan melihat tertuduh memegang hos getah.

Saksi ke-17 itu, memberi keterangan pada perbicaraan kes Navindran, 28, yang mengaku tidak bersalah 1 Oktober lepas terhadap dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah.

Navindran didakwa melakukan perbuatan itu di bilik soal siasat pejabat D9, di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, 7 pagi, 16 Januari tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi dua pertuduhan pilihan menyebabkan cedera kepada Kugan, Navindran turut mengaku tidak bersalah di tempat dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Mohd Fauzi pada mulanya memberitahu hanya dirinya, Lans Koperal Junid, Detektif Koperal Awtar Singh, Konstabel Navindran dan Kugan berada di balai polis.

Bagaimanapun, Mohd Fauzi kelihatan gugup dan bertindak mendiamkan diri ketika Nagarajan berulang kali bertanya soalan yang sama berpandukan buku harian balai.

Keadaan itu menyebabkan mahkamah menunggu sehingga 15 minit dan kemudian Hakim Aslam Zainuddin dilihat menasihati saksi bahawa DIA tidak boleh berdiam dan perlu memberi jawapan.

"Mahkamah meminta kamu untuk menjawab soalan yang dikemukakan mengikut Seksyen 132 Akta Keterangan 1950, walaupun keterangan kamu ini akan menimbulkan sebarang pendakwaan, mahkamah akan melindungi kamu...jadi kamu tidak perlu risau.

"Kecuali kamu memberi keterangan palsu dan ini akan menyebabkan kamu boleh didakwa," kata Aslam.

Bagaimanapun, Mohd Fauzi yang merujuk rekod buku harian balai dan buku catitan peribadinya, menukar keterangannya dengan memberitahu bahawa terdapat dua suspek lain yang berada di situ.

Mohd Fauzi juga menafikan bahawa dia memberi keterangan bercanggah adalah untuk melindungi dirinya dan juga takut dikatakan salah seorang anggota yang telah mencederakan Kugan.

Perbicaraan bersambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan