Mahkamah Benarkan Anwar Pinda Pernyataan Tuntuan Saman Terhadap Anifah

Diterbitkan: Rabu, 7 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibenarkan untuk meminda pernyataan tuntutannya bagi menyebut secara khusus nama Menteri Luar, Datuk Anifah Aman sebagai defendan dalam kes saman fitnah RM100 juta.

Pada mulanya, dalam pernyataan tuntutan itu, Anwar menamakan Anifah atas kedudukan peribadinya sebagai defendan pertama, Menteri Luar sebagai defendan kedua dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.

Dengan pindaan itu, Anifah dinamakan atas kedudukan rasmi beliau sebagai Menteri Luar.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Prasad Sandosham Abraham memerintahkan Peguam S.N.Nair supaya memfailkan pindaan pernyataan tuntutan itu dalam masa dua minggu selepas membenarkan permohonan Nair.

Isu berhubung siapa yang patut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu timbul apabila Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh, yang mewakili Menteri Luar dan kerajaan (defendan ketiga) mengemukakan permohonan mereka untuk mengetepikan saman itu.

Amarjeet Singh berkata, Anwar perlu memilih siapa yang beliau ingin namakan selaku defendan dalam kes saman itu memandangkan defendan pertama (Anifah) dan defendan kedua (Menteri Luar) adalah orang yang sama.

Beliau berkata, defendan pertama telah melantik Shafee & Co sebagai peguam yang akan mewakilinya atas kedudukan peribadi beliau.

Beliau berkata, kerajaan telah dinamakan secara salah sebagai pihak dalam kes itu memandangkan saman itu sama sekali tidak menyebut bahawa kerajaan mempunyai liabiti vikarius terhadap defendan pertama dan kedua.

Pada 27 Mei 2009, Anwar memfailkan saman terhadap Anifah berhubung kenyataan beliau dalam satu sidang akhbar di Washington, pada 16 Mei, 2009.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat, menuntut sejumlah RM100 juta dalam ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi bagi menahan defendan daripada terus melafaz, menulis atau menerbitkan perkataan fitnah itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata Anifah, dalam sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton di Jabatan Negara Amerika Syarikat di Washington, membuat kenyataan bahawa Anwar ada menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sekiranya pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 Sept 2008.

Anwar juga mendakwa Anifah memfitnahnya dengan menyatakan beliau sedang membuat cubaan untuk membeli Anggota Parlimen dan memburukkan imej negara.

Beliau turut mendakwa Anifah telah mencetuskan kebencian dan kemarahan umum terhadapnya, merendahkan tarafnya, menggalakkan dan memulakan penghinaan politik serta mengaburi kebenaran dan menyebarkan sesuatu yang palsu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan