Bekas Pengawal Keselamatan Dihukum Gantung Bunuh Tiga Anak

Diterbitkan: Rabu, 7 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang bekas pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati dia bersalah membunuh tiga anaknya di rumah mereka lebih lima tahun lepas.

Sebaik Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha memutuskan hukuman itu, tertuduh P. Vellertore, 50, tenang menerima keputusan itu tetapi dia kemudian mengangkat tangan selepas jurubahasa membacakan semula penghakiman itu di dalam bahasa Tamil.

Dia bangun sambil meminta mahkamah menimbangkan semula hukuman yang dikenakan itu dan menjerit: "Tuhan Allah tahu saya tak buat".

Vellertore yang memakai kemeja berlengan pendek warna biru dan berseluar jeans biru gelap mulai menangis namun kemudiannya dinasihatkan peguamnya Bernard George untuk duduk semula sehingga sesi penghakiman selesai.

Menurut fakta kes, Vellertore didakwa membunuh tiga anaknya Rudraa Kumar, 6, Keseprata, 5, dan Harini, 3, dengan mencekik leher mereka sebelum menggantung diri bersama bersama seorang lagi anak perempuan remajanya yang berusia 14 tahun, Revathi.

Dia melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan antara 10.30 pagi dan 3.30 petang di rumah bernombor 681, Jalan Jambu Air 7, Taman Muhibbah, Saleng, Kulai, 20 November 2004.

Revathi yang kesakitan ketika digantung bertindak menjerit meminta pertolongan sebelum dia dan Vellertore diselamatkan jiran mereka.

Jeffrey dalam penghakimannya berkata, walaupun tertuduh sering kali membuat penafian, namun pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

"Ini adalah kes bunuh dan cubaan membunuh diri, saya sudah membuat pertimbangan ke atas pembelaan kamu dan tidak jumpa sebab untuk tidak menyabitkan kamu dengan kesalahan mengikut pertuduhan.

"Apa pun alasannya, kamu adalah seorang ayah dan tidak sepatutnya mengambil nyawa mereka kerana tugas itu hanya Tuhan yang berhak melakukannya," katanya.

Jeffrey berkata, mahkamah faham kedudukan Vellertore yang tertekan ketika itu kerana ditinggalkan isteri dan terpaksa menyara anak-anaknya, tetapi dia sepatutnya mencari jalan penyelesaian dengan mendapatkan bantuan daripada pihak lain.

Bagaimanapun tambahnya, mahkamah tidak mempunyai pilihan melainkan menjatuhkan hukuman setimpal dengan perbuatan tertuduh iaitu gantung sampai mati.

Sementara itu, Bernard George berkata pihaknya akan memfailkan rayuan dalam masa terdekat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Shahrizal Shaari. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan