Saksi Tidak Dipanggil Dalam Saman Terhadap Kementerian Pertahanan

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan untuk tidak memanggil saksi dalam saman bernilai RM480 juta yang difailkan sebuah syarikat perkhidmatan menaik taraf pesawat pejuang F5 terhadap Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Menteri Pertahanan dan Kerajaan Malaysia kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak.

Perbicaraan kes itu ditetapkan tiga hari mulai hari ini, dengan kedua-dua pihak plaintif dan defendan bersedia untuk memanggil lima saksi daripada pihak masing-masing.

Tan Sri Hashim Meon, defendan pertama dalam saman itu, merupakan ketua setiausaha kementerian sehingga 2003, hadir dan dijadual memberikan keterangan sebagai saksi plaintif.

Selepas meneliti pernyataan tuntutan, pernyataan pembelaan, dokumen-dokumen dan perjanjian daripada kedua-dua pihak, Hakim Datuk Abdul Wahab Patail, memutuskan tidak perlu memanggil para saksi.

Beliau kemudian menetapkan 14 Mei untuk membuat keputusan. Hakim Abdul Wahab juga mengarahkan kedua-dua parti untuk mengemukakan penghujahan bertulis mengenai isu-isu yang akan dibicarakan dan berhubung soalan sama ada penamatan kontrak adalah sah, pada 30 April.

Langkawi R&D Academy Sdn Bhd dalam yang difailkan pada 2005, menyatakan bahawa syarikat itu menandatangan perjanjian dengan kesemua defendan dan disaksikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi kerja-kerja peningkatan taraf pesawat pejuang pada 11 Jan, 2001.

Menurut perjanjian, defendan akan membayar sebanyak RM4.8 juta setahun untuk tempoh maksimum 10 tahun, berjumlah RM48 juta, kepada plaintif selepas kerja-kerja peningkatan taraf pesawat F5 itu dilakukan.

Selain dibenarkan dan berhak melantik mana-mana pihak sebagai sub-kontraktor untuk kerja menaik taraf pesawat, perjanjian itu turut menyebut bahawa jika terdapat pelanggaran perjanjian oleh plaintif, defendan harus memberi notis bertulis yang munasabah dan penamatan hanya boleh dibuat selepas 30 hari notis itu.

Plaintif mendakwa menerima surat penamatan kontrak daripada defendan pada 6 September 2002 untuk menamatkan perjanjian itu atas alasan bahawa plaintif gagal mengemukakan bon pelaksanaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kontrak ditandatangani dan gagal menghantar satu unit 'flyable technology demonstrator' sebelum 15 Okt 2001, sebagaimana diperuntukkan perjanjian itu.

Plaintif menuntut ganti rugi akibat penamatan kontrak secara tidak sah sebanyak RM48 juta, ganti rugi kehilangan kontrak pada masa akan datang sebanyak RM432 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif-relif lain dari mahkamah.

Defendan, dalam pernyataan pembelaaan, berkata syarikat itu gagal untuk memberikan perkhidmatan dan kontrak itu diberikan kepada pihak lain.

Peguam M. Manogar mewakili syarikat itu manakala Peguam-peguam Kanan Persekutuan Noramilia Mohd Saad, Norhafizza Azizan dan Norazlina Razali mewakili ketiga-tiga defendan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan