Navindran Pukul Kugan Dengan Hos Getah: Saksi

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa dia melihat Konstabel V. Navindran memukul A. Kugan yang didakwa mati dalam tahanan polis pada Januari tahun lepas, dengan menghayunkan hos getah.

Konstabel Mohd Fauzi Mohd Nor, 29, berkata, pada 16 Januari tahun lepas beliau bertugas pukul 4 petang di Balai Polis Subang Jaya.

Katanya, ketika kejadian itu, beliau berada di meja komputer di luar bilik soal siasat manakala seorang lagi anggota sedang menulis laporan harian balai.

Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata, beliau mendengar jeritan Kugan dalam keadaan kesakitan dan melihat tertuduh sedang memukul mangsa menggunakan hos getah berwarna hijau yang dilipat dua dan menghayunkan ke arah badan Kugan dengan tangan kanannya.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali, bagaimana reaksi Kugan terhadap tindakan itu, dia menjelaskan Kugan dilihat cuba mengelak dengan menggerakkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Saksi memberi keterangan pada perbicaraan kes Navindran, 28, yang mengaku tidak bersalah 1 Oktober lepas terhadap dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah.

Navindran yang diwakili peguam Datuk P.M. Nagarajan, didakwa melakukan perbuatan itu di bilik soal siasat pejabat D9, di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, 7 pagi, 16 Januari tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi dua pertuduhan pilihan menyebabkan cedera kepada Kugan, Navindran turut mengaku tidak bersalah di tempat dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, selepas tiga kali menoleh ke arah bilik itu, Navindran dilihat sudah berhenti dan kemudian keluar selepas mendengar Detektif Koperal Awtar Singh yang turut berada di situ berkata "U jangan bikin macam-macam lagi..u balik..".

Terdahulu, ketika disoal balas peguam Nagarajan, saksi ke-16 pendakwaan, Konstabel K. James, 27, dari Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya, memberitahu Kugan tidak cuba untuk melarikan diri sepanjang soal siasat dilakukan.

Katanya, pakaian yang dipakai Kugan tidak ada sebarang kesan darah.

Bagaimanapun James tidak bersetuju dengan cadangan peguam, bahawa dirinya memberi keterangan untuk melindungi dan membantu pihak pendakwaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin disambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan