Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Nikah Pasangan Tanpa Kebenaran - Berita Mahkamah | mStar

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Nikah Pasangan Tanpa Kebenaran

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini atas tuduhan menikahkan pasangan tanpa kebenaran pihak berkuasa, lima tahun lepas.

Tertuduh, Abdul Rahman Ariffin, 62, didakwa melakukan akad nikah tanpa kebenaran pendaftar atau Hakim Syariah Pahang di Masjid Kampung Kempadang, di sini pada 1 Mac 2005.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 40(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2005 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengangguk tanda faham pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali dan meminta dibicarakan.

Abdul Wahid kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Jun ini untuk sebutan semula.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Borhan Hussin.

Pada 25 Februari lepas, Unit Penguatkuasa Jaip menahan Abdul Rahman dalam satu serbuan di rumahnya di Kampung Kempadang pada 1.40 petang dan menemui sejumlah dokumen termasuk sijil nikah dari Thailand yang masih kosong tetapi mempunyai cop mohor Majlis Agama Islam Wilayah Pattani dan Narathiwat.

Tertuduh yang juga seorang jurunikah bertauliah dipercayai menjalankan aktiviti berkenaan sejak lima tahun lepas berdasarkan penemuan beberapa sijil pasangan yang pernah dinikahkannya sejak 2005.

Tertuduh dipercayai menerima bayaran antara RM1,500 dan RM3,000 bagi perkhidmatannya yang sering digunakan warga asing dari Indonesia dan Pakistan yang mahu menikahi wanita tempatan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan