Kes Tuntutan Bekas Pekerja Kilang Nikko Masih Belum Selesai

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes tuntutan pekerja syarikat Nikko Electronic Bhd (Nikko) yang diberhentikan kerja tanpa notis masih belum selesai dan akan didengar semula di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 22 April depan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa baki gaji para pekerja terlibat yang berjumlah RM538,000 telahpun dibayar.

"Bagaimanapun, tuntutan faedah penamatan pekerja dan gaji ganti notis yang berjumlah RM6.3 juta masih dibincangkan di mahkamah," katanya ketika menjawab soalan Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) mengenai status keputusan tuntutan itu.

Pada 1 Julai 2008, seramai 870 pekerja tempatan dan 67 pekerja asing yang bekerja di kilang membuat alat-alat barang mainan yang terletak di Perai, hilang punca pendapatan apabila kilang tempat mereka bekerja ditutup secara tiba-tiba tanpa sebarang notis.

Subramaniam berkata Jabatan Tenaga Kerja telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam membela nasib mereka dan seramai 492 pekerja atau 52 peratus berjaya ditempatkan semula di syarikat lain di bawah Program Penempatan Pekerjaan.

"Jabatan juga dah rujuk pekerja ini ke jabatan lain seperti Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat Negeri Pulau Pinang dan Kedah serta agensi lain untuk mendapatkan bantuan kewangan dan peluang perniagaan sementara waktu," katanya.

Bagaimanapun, terdapat juga pekerja yang tidak menerima tawaran pekerjaan baru kerana tawaran gaji yang tidak setimpal berbanding pengalaman dan lokasi kerja baru yang jauh tanpa kemudahan pengangkutan, katanya.

Beliau berkata kes tuntutan tersebut telah didengar pada 22 Mac lepas dan akan didengar semula untuk memutuskan jumlah sebenar pampasan yang bakal diperoleh oleh pekerja terlibat.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata Program Rakan Muda tidak akan dihentikan, sebaliknya dijadikan satu program baru yang lebih menarik minat belia.

Beliau berkata bagaimanapun kementerian akan meminta persatuan belia supaya melaksanakan program yang telah dirancang dalam Rakan Muda bagi mengelak pertindihan dengan jawatankuasa yang lama.

"Program Rakan Muda akan dikekalkan sebab sebelum ini tumpu kepada remaja 15 hingga 25 tahun. Tapi lepas ada Akta 668 (Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007), semua belia dah berada di bawah usia 40 tahun," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan