Anggota Polis Dipenjara Kerana Terima Rasuah RM200

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerana menerima sogokan RM200, seorang sarjan polis trafik berkemungkinan tidak lagi layak menerima gratuiti dan pencen bagi perkhidmatannya selama 30 tahun dalam sektor awam.

Ini kerana Mohd Nazar Jalaludin, 49, dari Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, disabitkan dalam kes rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Rosbiahanin Arifin, yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 atau penjara enam bulan terhadapnya, memerintahkan dia menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Beliau mendapati Mohd Nazar gagal menimbulkan keraguan munasabah ketika dipanggil membela diri.

Mohd Nazar didakwa menerima rasuah itu daripada Zaleha Mat Nor, 42, sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes Mohd Hafizi Marji, 19, berhubung satu kesalahan jalan raya, dengan tidak membawa kes itu ke mahkamah.

Dia melakukan kesalahan itu di Pejabat Team A, Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee pada 5.30 petang 19 April 2008.

Mohd Nazar, yang telah berkhidmat selama 30 tahun dengan Polis Diraja Malaysia, kelihatan sugul di kandang tertuduh, dan dia dilihat menahan sebak sejurus Rosbiahanin menolak permohonan peguam T. Suresh, yang mewakilinya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda. Rosbiahanin memerintahkan Mohd Nazar menjalani hukuman itu sehingga rayuan kesnya dibuat.

Dalam permohonan penangguhan hukuman, Suresh berkata anak guamnya tidak mempunyai wang untuk membayar denda RM10,000.

Timbalan Pendakwa Raya Fadzillah Mohd Osman memohon mahkamah menolak permohonan itu kerana hukuman penjara dan denda sepatutnya tidak boleh ditangguhkan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan