16 April Keputusan Sama Ada Pengarah Penjara Perlu Hadir Beri Keterangan

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 16 April ini untuk membuat keputusan sama ada pengarah penjara Sungai Buloh, Narander Singh perlu hadir memberi penjelasan kepada mahkamah mengenai dakwaan tertuduh kes bunuh bayi, M. Rajamorgan, didakwa dipukul tahanan penjara.

Rajamorgan, 33, menghadapi tuduhan mendera seorang bayi lelaki, K. Harresvaran, 18 bulan sehingga membawa kematiannya, di taman permainan kanak-kanak Pangsapuri Vista Damansara, Jalan Kenanga, Kampung Sungai Ara, Petaling Jaya, antara 9.40 malam hingga 10.10 malam, 4 Mac lepas.

Tertuduh yang bekerja sebagai kelindan lori dihadapkan ke mahkamah pada 15 Mac lalu dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Majistret Ho Kwong Chin membuat keputusan itu pada sebutan kes itu hari ini selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Kamalia Yahdi memberitahu mahkamah tertuduh perlu menjalani pemeriksaan perubatan terlebih dahulu bagi membuktikan dakwaannya mengikut Seksyen 133 Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya fakta mengenai tertuduh dipukul masih tidak kukuh dan ia patut disiasat terlebih dahulu sehubungan itu Narander tidak perlu hari ini kerana beliau bukanlah orang yang bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, peguam bela N. Surendran yang mewakili Rajamorgan, mempersoalkan kegagalan kehadiran pengarah penjara itu sedangkan tarikh sebutan telah ditetapkan sebelum ini.

"Apabila mahkamah mengarahkan pengarah hadir pihak pendakwaan sepatutnya membantah terlebih dahulu jika tidak mampu berbuat demikian, dan sekarang mereka mengemukakan pelbagai alasan seolah-olah untuk melindungi pengarah itu," katanya.

Ho kemudian bertanya kepada Rajamorgan: Adakah kamu dipukul?

Rajamorgan berkata: "Di dalam penjara dan semua budak (tahanan) pukul saya".

Terdahulu, wakil penjara, Pegawai Penjara Sarjan Abas, memberitahu mahkamah Narander berada di India sejak 25 Mac lalu dan akan pulang 16 April ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan