Penjual Mi Dipenjara 10 Tahun Dan Disebat Kerana Merompak

Diterbitkan: Isnin, 5 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penjual mi dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dikenakan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak dan mencederakan seorang lelaki lima tahun lepas.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Tong Teng Lai, 28, dari Kepong, yang mengaku bersalah.

Hakim Zainal Abidin berkata kesalahan yang dilakukan oleh Tong adalah berat dan mahkamah perlu memberikan hukuman setimpal bagi mengingatkan tertuduh yang perlu menerima pembalasan kerana Tong bukan sahaja melakukan kesalahan merompak malahan mencederakan seseorang.

"Mahkamah sebagai tempat mencari keadilan terpaksa menimbang antara kepentingan awam dan pesalah," katanya selepas mendengar rayuan daripada peguam Tong, Balvinder Jit Kaur.

Dia didakwa bersama-sama tiga lagi yang masih bebas merompak dan mencederakan Tan Kian Hee, 28, di Jalan Kuang Bulan, Taman Kepong pada 8.30 malam 25 Mei 2005.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hafiz Mohd Yusoff. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan