Mahkamah Tolak Permohonan Penangguhan Perintah Hak Penjagaan Anak

Diterbitkan: Khamis, 1 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan seorang bapa supaya menangguhkan perintah hak penjagaan anak bongsunya yang diperoleh oleh bekas isterinya M. Indira Gandhi bulan lepas.

Peguam Indira Gandhi, M. Kulasegaran, berkata Hakim Wan Afrah Wan Ibrahim membuat keputusan berkenaan dalam kamar selepas mendapati tiada keistimewaan dalam permohonan yang dikemukakan oleh bekas suaminya Mohd Ridzuan Abdullah.

Katanya mahkamah juga memerintahkan Mohd Ridzuan supaya segera menyerahkan Prasana Diksa, yang akan genap usia dua tahun Khamis depan, kepada guru tadika berusia 35 tahun itu.

Pada 11 Mac lalu, Hakim Wan Afrah memerintahkan hak penjagaan anak bongsu itu diserahkan kepada Indira Gandhi selepas kes perebutan hak penjagaan itu berlarutan sejak tahun lepas.

Kulasegaran berkata sekiranya Mohd Ridzuan gagal menyerahkan anak itu maka dia akan memulakan prosiding menghina mahkamah yang memperuntukan hukuman penjara.

Dalam pada itu, peguam Mohd Ridzuan, Mohammad Faizal Che Yusof, berkata pihaknya telah memfailkan rayuan penangguhan pelaksanaan kehakiman itu pada 11 Mac lalu dan sedang menunggu tarikh perbicaraan di Mahkamah Rayuan.

Pada 24 April 2009, mahkamah membenarkan permohonan ex-parte oleh Indira Gandhi, untuk mendapatkan hak penjagaan sementara tiga anaknya dan injunksi menghalang bekas suaminya itu daripada memasuki rumah mereka.

Bagaimanapun, pada 5 Mei 2009, mahkamah membenarkan permohonan Mohd Ridzuan untuk menangguhkan perintah hak penjagaan sementara ketiga-tiga anak yang diperoleh Indira Gandi.

Pada 29 Oktober lepas pula, Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak itu kepada Mohd Ridzuan.

Indira Ghandi, ketika ditemui di luar mahkamah, berkata beliau masih menunggu bekas suaminya atau mana-mana pihak penjaganya menyerahkan anak bongsu mereka itu.

"Harapan saya adalah untuk berjumpa anak saya. Serahkanlah anak saya segera. Saya membuat persediaan untuk menyambut ulang tahun kelahirannya pada 8 April ini," katanya.

Kes itu mendapat perhatian ramai kerana wujud konflik antara bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam menentukan hak penjagaan anak selepas salah seorang pasangan memeluk Islam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan