Kes Bunuh Syafiah Dipindah Ke Mahkamah Tinggi Shah Alam - Berita Mahkamah | mStar

Kes Bunuh Syafiah Dipindah Ke Mahkamah Tinggi Shah Alam

Diterbitkan: Khamis, 1 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KUBU BAHARU: Mahkamah Majistret di sini semalam membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes pemandu teksi yang didakwa membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun pada Februari lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Majistret Zuraida Zakaria kemudian menetapkan 22 April ini untuk sebutan kes itu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noorjidah Mohd Jusan semasa mengemukakan permohonan itu turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa kesemua laporan kimia dan bedah siasat telah siap sepenuhnya.

Mohd Fazli Azri Jamil, 28, didakwa membunuh Syafiah Humairah Sahari di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama Batang Kali, Selangor, pada 6.30 petang, 25 Februari lepas.

Tertuduh yang diwakili peguam P. Kumar didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mohd Fazli yang ditahan di Penjara Tapah sejak ditangkap pada 26 Februari lepas dibawa ke mahkamah pada pukul 9.15 pagi dengan diiringi beberapa anggota polis.

Turut kelihatan di mahkamah sejak awal pagi ialah ibu bapa dan saudara terdekat tertuduh. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan