Saman Zaid Terhadap Kadir Jasin Bagi Pengurusan Kes Ditetapkan 7 Julai

Diterbitkan: Isnin, 29 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saman fitnah yang difailkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim terhadap penulis blog Datuk A. Kadir Jasin berhubung artikel dalam blognya, ditetapkan bagi pengurusan kes pada 7 Julai.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan tarikh itu dalam kamar semasa mengadakan perjumpaan dengan peguam Datuk M.David Morais yang mewakili Zaid dan peguam Azhar Arman Ali yang mewakili Kadir.

Azhar berkata mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak untuk menyerahkan ikatan pliding, dokumen, isu yang akan dibicarakan, fakta yang dipersetujui dan senarai saksi.

Pada 2 Disember, 2009, Zaid, yang kini anggota majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat, menyaman Kadir berhubung artikel bertajuk "The Hurricane Hattie Of PR' yang ditulis pada 21 Oktober, 2009, dalam 'The Scribe A. Kadir Jasin'.

Beliau memohon ganti rugi bagi memfitnah dan juga injunksi untuk menghalang Kadir dan lain-lain yang mempunyai rangkaian dengan blognya daripada terus menyiarkan atau menerbitkan artikel dan perkataan yang terkandung dalam artikel itu.

Zaid juga menggesa Kadir, bekas Ketua Pengarang New Straits Times Press Bhd, untuk memohon maaf dengan permohonan maaf itu disiarkan dalam akhbar-akhbar utama.

Kadir, dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 8 Januari, berkata isi kandungan dalam kenyataannya itu mempunyai justifikasi dan komen yang adil demi kepentingan awam. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan