Bekas Pengarah Didenda RM8,000 Kerana Beri Kenyataan Palsu

Diterbitkan: Isnin, 29 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah ITE Asia Pacific Sdn. Bhd., S.Muraleetharan, hari ini didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku salah atas dua pertuduhan memberi kenyataan palsu kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tiga tahun lepas.

Hakim S.M.Komathu Suppiah mengarahkan Muraleetharan, 36 membayar denda RM3,000 kerana bertindak sebagai pengarah syarikat itu antara 27 Dis, 2007 hingga 11 Nov, 2008 ketika masih menjadi seorang muflis tanpa mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 125 (1) Akta Syarikat 1965.

Dia juga didenda RM5,000 kerana secara sedar membuat kenyataan palsu dan atau mengelirukan dalam Borang 48 antara 22 dan 28 Julai, 2008, yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 364 (2) Akta Syarikat 1965.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di pejabat syarikat itu di Wisma MABA, Jalan Hang Tuah di sini.

Hakim Komathy membenarkan Muraleetharan membayar denda dalam tiga ansuran dan jika gagal, waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya.

Muraleetharan membayar RM3,000 hari ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan