Tahanan Reman Setiausaha Sulit Sultan Kelantan Dilanjut Hingga Esok - Berita Mahkamah | mStar

Tahanan Reman Setiausaha Sulit Sultan Kelantan Dilanjut Hingga Esok

Diterbitkan: Ahad, 28 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan perintah tahanan reman terhadap "Setiausaha Sulit" Sultan Kelantan dilanjutkan sehari lagi sehingga esok bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan terhadapnya.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Noor Haslinda Che Seman pukul 11.15 pagi di mana suspek hadir ke mahkamah dengan kawalan ketat polis.

Peguam Setiausaha Sulit itu, Gobind Singh Deo dan Datuk Mohd Haaziq Pillay turut hadir di mahkamah.

Gobind Singh yang ditemui berkata anak guamnya itu turut dibenarkan menerima rawatan di hospital berikutan mengadu menghidap penyakit darah tinggi dan masalah tulang belakang.

Khamis lepas, polis menahan lelaki itu yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di kediamannya, di Taman Sri Aman, Kubang Kerian di sini, dipercayai berhubung pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan.

Dia ditahan pada 9 malam dan disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu melakukan penyamaran dan berikutan itu direman selama tiga hari yang tamat hari ini.

Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan