Tidak Tahu Keadaan Kugan Sebelum Memulakan Tugas - Saksi

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang anggota polis hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, beliau tidak dimaklumkan mengenai keadaan tahanan A. Kugan daripada anggota lain sebelum memulakan tugas.

Lans Koperal Mohd Sani Mohd Sarip, 42, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Jenayah Berat) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya berkata pada 20 Jan tahun lepas beliau masuk bertugas pada pukul 8 pagi selepas bertukar syif kerja.

Ketika disoal balas peguam bela Datuk P.M Nagarajan, adakah anggota itu ada memaklumkan keadaan Kugan sama ada sihat, sakit atau tenat, Mohd Sani menjawab: "Mereka tidak ada memberitahu apa-apa mengenai keadaan Kugan."

Mohd Sani berkata beliau dan anggota lain tidak jalankan soal siasat mengenai kes curi kereta mewah yang dihadapi Kugan pada 20 Jan, atas alasan beliau berpendapat segala maklumat yang diperlukan telah mencukupi.

Beliau yang merupakan saksi pendakwaan ke-15 memberi keterangan dalam kes kematian Kugan dalam tahanan polis beberapa hari selepas ditahan pada 15 Jan tahun lalu kerana disyaki terlibat dalam kes curi kereta.

Tertuduh dalam perbicaraan kes itu, Konstable V. Navindran, 28, mengaku tidak bersalah pada 1 Oktober lalu terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Kugan, 23.

Navindran yang diwakili peguam Datuk P.M. Nagarajan didakwa melakukan perbuatan itu di bilik soal siasat pejabat D9 di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya pada pukul 7 pagi, 16 Januari 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya bagaimana Kugan diberi makan jika kedua-dua tangannya digari ke belakang, Mohd Sani menjelaskan gari akan dibuka ke arah hadapan dan dibuka oleh Detektif Koperal M. Paramasimban.

"Sekiranya pada waktu makan, gari pada tangan Kugan akan dibuka dan seingat sayaParamasimban akan membuka gari itu," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin bersambung 5 April depan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan