Peguam Zahrain Gagal Serah Surat Mahkamah Kepada Guan Eng

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini tidak dapat menyerahkan surat tuntutan undang-undang terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung satu dakwaan fitnah apabila peguamnya tidak dibenarkan memasuki ke pejabat ketua menteri itu.

Peguamnya Haniff Khatri berkata surat tuntutan undang-undang itu enggan diterima oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Ng Wei Aik dan Pembantu Khas Ketua Menteri Ong Beng Guat.

"Saya dimaklumkan oleh pembantu peribadi dan setiausaha politik ketua menteri itu bahawa mereka telah diarahkan untuk tidak menerima surat tuntutan itu bagi pihak ketua menteri dan kami juga tidak dibenarkan naik ke tingkat 28 iaitu pejabat ketua menteri untuk menyerahkan surat itu," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata anak guamnya akan mengambil tindakan lanjut termasuk akan menghubungi peguam Lim iaitu Karpal Singh bagi memastikan Lim menerima surat tuntutan itu.

Katanya setelah menerima surat tuntutan undang-undang itu, Lim akan diberi tempoh tujuh hari menjawabnya sebelum satu tindakan undang-undang diambil terhadap Lim.

Sebelum ini Lim telah membuat kenyataan bahawa Zahrain keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort di Pulau Pinang menerusi sebuah syarikat RM2.

Zahrain berkata beliau juga akan mengambil tindakan yang sama terhadap Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, jika didapati memfitnah dengan mengatakan beliau menggunakan projek golf untuk membayar hutang bernilai RM1.8 juta. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan