Lima Lelaki Didakwa Culik Bagi Dapat Wang Tebusan RM1 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang lelaki berusia 22 tahun bagi mendapatkan wang tebusan RM1 juta dari keluarga mangsa di sini, tiga minggu lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.

Tertuduh R.R. Thiru Kumaran, 27, seorang penyelia kilang, mekanik V. Sivakumar, 24, pemandu lori M. Mohanraj, 19, dan dua penganggur Nagoor Khan Mustafa Khan, 38 serta N. Nagulan, 23, didakwa menculik Puvendran Krishnan di Jalan Kilang Nenas, Batu 8 1/2, Taman Ungku Tun Aminah, di sini, antara pukul 8 malam, 7 Mac dan 10 malam, 8 Mac, yang lalu.

Kesemua mereka, bersama dua lagi yang masih bebas, didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Fuad Abdul Aziz menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azlina Azamuddin manakala John Fernandez mewakili Nagulan dan Mohanraj.

Tertuduh yang lain tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan