Keterangan Ejen Penyamaran Boleh Diterima Pakai, Putus Mahkamah Persekutuan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penggunaan ejen penyamaran bagi menangkap pengedar dadah adalah sah di sisi undang-undang negara, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini.

Ini berikutan keputusan bersejarah semalam oleh panel tiga hakim yang memutuskan keterangan seorang ejen penyamaran adalah boleh dipercayai dan harus diterima pakai oleh mahkamah tanpa sebarang sekatan selaras dengan Seksyen 40A Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam penghakiman 22 mukasurat itu, Hakim Mahkamah Persekutuan Abdull Hamid Embong berkata dalam usaha memerangi gejala dadah, Parlimen mendapati adalah sesuai untuk keterangan ejen penyamaran diterima pakai tanpa sebarang sekatan.

"Hakim perbicaraan tidak lagi diberi kuasa budi bicara bagi mengetepikan keterangan seperti itu," katanya sambil menambah fungsi mahkamah hanya untuk menterjemahkan undang-undang dan bukan menambah elemen baru khusus apabila ayat dalam perundangan adalah jelas dan tidak kabur.

Katanya ia masih kekal di mana tidak ada tempat dalam undang-undang negara untuk membenarkan pembelaan pemerangkapan.

Oleh kerana aktiviti dadah dijalankan dengan penuh kerahsiaan, maka ejen penyamaran, biasanya seorang pegawai polis, akan digunakan untuk memujuk atau menghasut suspek pengedar untuk melakukan kesalahan itu untuk tujuan sabitan.

Abdull Hamid juga berkata pengabaian oleh hakim perbicaraan untuk berhati-hati mengenai keterangan ejen penyamaran tidak menjadikan hakim berkenaan salah arah.

Panel hakim yang terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Abdull Hamid mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap peniaga Wan Mohd Azman Hassan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan